Abdul Muthalib Zulkarnain, seorang usahawan generi muda yang kini sedang meneroka suatu perusahaan dalam bidang teknologi dan analitik.
Kebijakkannya lahir dari bidang Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, sebelum itu menerima Pendidikan di Sekolah Sains Dungun, Terengganu.
Beliau yang mempunyai pengalaman luas selama lebih 20 tahun dalam bidang pembangunan sumber manusia. Selain mengurus syarikat yang sedang berkembang, beliau kini sedang bertungkus lumus melanjutkan pengajian untuk sarjana keusahawanannya.
Pada umumnya, Hyred ialah sebuah platform penjenamaan peribadi yang bertujuan untuk membina dan memperkasakan komuniti berasaskan kemahiran. Ia menyediakan applikasi untuk merakam dan meningkatkan kemahiran seseorang sehingga dapat dipasarkan ke dalam industri.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa itu Hyred dan apa fungsi serta kelebihannya, malayadaily membawakan kepada anda wawancara khas bersama orang muda yang kini menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Hyred, Sdr Muthalib Zulkarnain.
BAHAGIAN II
Tentang AI dan Kemahiran
MD.com : Tentang dunia AI (Artificial Intelligence). Apa cabaran tenaga kerja atau buruh bila memasuki era AI tak lama lagi?
Muthalib : Daripada kajian, apa yang teknologi AI tak mampu tiru ialah intuisi manusia, ia juga tentang kreativiti. Jadi pekerja berkemahiran perlu mengekalkan minda kreatif, ini adalah benda baharu yang AI perlu belajar.
AI kumpul data dari seluruh dunia dan ia menghasilkan pelbagai cara kreatif tapi saya masih percaya manusia tetap ciptaan terbaik oleh Tuhan.
Kuasa minda manusia masih berkuasa untuk menghasilkan benda kreatif. Bagi pekerja berkemahiran, AI akan membantu mereka untuk menjadi lebih cekap.
Sebagai contoh pencipta isi kandungan, sekarang dia boleh hasilkan lebih isi kandungan sehari, jadi individu itu perlu diketengahkan. Kita ketengahkan imej, bukan kemahiran.
Seperti di negara barat, mereka ketengah imej skill mereka, bermain gitar yang hebat ke, bermain skate board ke, BMX ke.
Kita lihat bagaimana di US, mereka boleh hidup dengan kerja yang dia suka, dengan main skate board dia boleh jual game beratus juta, main BMX juga mereka boleh jana wang.
MD.com : Orang bagaimana yang memerlukan perkhidmatan atau applikasi anda?
Muthalib : Orang memang berusaha mahu mencari wang/pendapatan, kerana itu Hyred membuka peluang kepada orang muda yang ingin mencari kerja sambilan atau nak mencari kemahiran dia akan menyertai Hyred.
Penyelesaian kami juga terbuka kepada SME, syarikat korporat yang nak mencari pekerja sambilan. Kami fokus kepada industri kerja sambilan. Kami tak tumpu kepada bahagian kerja sepenuh masa.
Kami bukan agensi cari pekerjaan yang biasa, jadi bagi mana-mana syarikat yang mahu pengambilan pekerja yang cepat mereka boleh gunakan kami (Hyred), mereka akan lihat berapa cepat kami dapat padankan (match) antara pekerja dengan tugas.
Kami dah laksanakan dengan industri perladangan, sekarang ni pun kami sedang fokus menyelesaikan masalah pengambilan pekerja di industri perladangan dengan Felda juga dengan Sime Darby.
Sasaran pasaran kami juga kumpulan pemain bidang perladangan. Kerana kami ada data berkaitan pekerja-pekerja yang tahu tentang menuai, memangkas, meracun dsb.
Apa yang penting bagi Hyred, bukan gunakan platform kami tetapi berapa banyak kemahiran yang kami dapat kumpulkan.
Itu data baharu yang kami perlu miliki, itu yang membezakan Hyred dengan syarikat lain, ini jadi harta intelek kami yang utama; big data.
Kerana itu kami juga meneroka dalam bidang sukan basketball. Kami sedang cuba rekod tentang bagaimana orang yang beraktiviti dengan bermain basketball itu, apa yang mereka dapat dari kemahiran bermain basketball.
Bagaimana Mencipta Nilai?
MD.com : Bagaimana data-data yang anda perolehi boleh ditukar menjadi pendapatan (keuntungan)?
Muthalib : Kami tak analisis lagi dan tak letak ke arah itu dahulu, apa yang boleh saya katakan, kami sedang cuba sediakan data-data kemahiran untuk menguatkan cadangan kami untuk memiliki matawang baharu dalam ekosistem berasaskan kemahiran seseorang.
Untuk menyediakan cadangan ini, kami memerlukan data yang substantif untuk menyokong jenis bayaran seperti ini.
Contoh, anda bagus dalam membuat laporan, jadi isunya bagaimana kami boleh mengukur nilai kamu dalam kemahiran itu dalam 1 jam.
Siapa boleh ukur hal ini? bermakna kita memerlukan suatu data yang subtantif untuk menyokong nilai kamu.
Contoh lain, dah beribu orang datang bergunting rambut dengan anda dengan nilai RM20, takkanlah hari ini harga anda masih RM20.
Jadi sebelum ini, mereka tiada data. Tapi sekarang dah ada data dan anda boleh naikkan harga ke RM40.
Dan berdasarkan jadual, anda akan dapat lihat jadual anda penuh, bila lihat kedudukan itu (data), maka anda boleh naikkan harganya kerana permintaan (demand) itu tinggi.
Bagi kami itulah data yang membawa lebih banyak pulangan wang/pendapatan. Maka, keuntungan kami datang dari jualan. Maka lebih besar volume, lebih besar pendapatan kami.
Jadi bagaimana kami nak pastikan anda dapat lebih (pendapatan)?
Jika sekarang kamu dapat RM20, kami mahu anda dapat RM200. Jika RM20 kamu kami dapat RM2, maka bila kamu dapat RM200, kami dapat RM20. Maka itulah komitmen kami untuk mendapatkan lebih nilai.
Sijil Atau Kemahiran?
MD.com : Bagaimana seseorang yang mempunyai kelulusan yang berbeza dengan tahap kemahirannya, contoh lulusan agama tetapi ada kemahiran dalam IT/Grafik. Bagaimana orang seperti ini boleh membina kerjaya, pada kemahiran atau kelulusannya?
Muthalib : Bagi mereka yang tamat pengajian atau sekolah, apa yang membezakan mereka yang ada ijazah? Kini kita ada lebih kurang 250 ribu mahasiswa yang kita hasilkan, jadi apa yang membezakan antara mereka ini?
Kalau ada dua orang datang temuduga kerja, apa yang membezakan video editor A, video editor B? Sama saja kalau ikut sijil. Tetapi dalam video industri, mereka ada portfolio untuk membandingkan hasil kerja.
Tapi kalau pelajar pengurusan perniagaan, mereka tiada portfolio, jadi yang membezakan antara mereka ini ialah kemahiran.
Dari pengalaman saya sendiri semasa temuduga calon, dia tunjuk sijil pada kita, harap kita selak satu-satu.
Ia bagus sebab nak tunjukkan dia aktif, tapi dari persepktif recruiters, apa yang kami nak faham dengan sijil ni?
Pada asasnya, kami nak tahu berapa banyak kemahiran yang kamu ada. Daripada sijil, ia tak boleh gambarkan (kemahiran) seseorang itu, ia tak jelas.
Ini antara perkara yang sedang kamu selesaikan dengan kaedah paling mudah iaitu ‘Hiring card’. Dalam Hiring card tu ada 42 kemahiran dan majikan boleh tengok dari mana kemahiran itu dikumpulkan dan kami letakkan dalam kategori. Daripada asas (basic) sampailah pro (profesional).
Seperti yang saya jelaskan, dari basic sampai pro, itulah 10 ribu jam. Kita asingkan daripada bronze (gangsa), silver (perak) dan gold (emas).
Cuba bayangkan jika kita kumpul 10 ribu jam, rupanya kemahiran kita ni dah gold. Tak siapa tahu.
Ekonomi Gig, Apa Dia?
MD.com : Bagaimana segmen ‘gig economy’? sekarang ramai nak kerja waktu fleksibel, kerja dari rumah dan bebas.
Muthalib : Itulah masa depan, cuma pemahaman orang tentang ‘gig’ itu perlu diperhalusi lagi. Kerana ramai orang sangka kerja bawa ‘grab’ itu gig, kerja food panda itu ‘gig’, ini masa itu.
Tetapi sekarang anda dah kena ikat dengan dia (grab/food panda). Maknanya, kamu bukan independent (bebas), contoh bawa grab, kalau anda tak datang kerja 2-3 kali, nanti anda punya point kena potong sebab banyak orang nak masuk kerja tu, jadi dia boleh dictate (tetapkan).
Itu seakan suatu ikatan, kerana itu PERKESO masuk kerana perkara ni macam contract of services, mereka diikat pada sesuatu tempoh waktu.
Contract for services ni maksudnya kita buat atas kehendak kita sendiri seperti apa yang Hyred beri kepada mereka, untuk tentukan sendiri waktu operasi mereka, bukan kami.
Ini tentang keputusan individu, dia tak dipengaruhi oleh orang-orang lain, oleh korporat dsb. Kami tak pengaruhi apa yang mereka tak nak buat.
Jadi, Gig adalah tentang berdikari/bebas sebab itu saya kata ‘gig’ adalah masa depan kerana semua orang sekarang ni nak independent.
Apa Perlu Dibuat?
MD.com : Apa nasihat yang anda boleh berikan kepada pencari kerja (Job seekers)?
Muthalib : Rebut peluang dengan Giat MARA. Kerana sekarang dia ada sijil untuk 6 bulan, contohnya mereka yang tamat persekolahan, nak tunggu masuk universiti, anda masa ruang masa 6 bulan.
Masuk Giat MARA, setidaknya anda ada sijil fotografi (contoh), maka anda ada satu kemahiran yang disahkan oleh Giat MARA, latihan ni percuma malah Giat Mara lebih luas berbanding institusi latihan bawah kerajaan negeri.
Giat MARA pula boleh mula masuk bermula umur 15 tahun dan tiada had umur.
SEKIAN.