TERKINI

Applikasi ‘Discord.io’ Digantung Kerana Kebocoran Data Peribadi Pengguna

Discord.io foto AOL.com

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Applikasi berkomunikasi yang sering digunakan pemain dalam talian, Discord.io digantung sementara susulan masalah kebocoran data peribadi pengguna.

Seorang penggodam dilaporkan berjaya mencuri data peribadi 760,000 pengguna dan telah memuat naik sampel maklumat itu di Breached Forums dengan tujuan untuk menjualnya.

Perkhidmatan Discord kini telah digantung sehingga diberitahu kelak.

“Pada 14 Ogos, kami mengalami kebocoran data peribadi pengguna yang telah digodam oleh individu yang tidak dikenali.

“Kami masih menyiasat pelanggaran itu, tetapi kami percaya bahawa pelanggaran itu disebabkan oleh kerentanan dalam kod tapak web kami, yang membenarkan penyerang mendapat akses kepada pangkalan data kami. Penyerang kemudian terus memuat turun seluruh pangkalan data, dan meletakkannya untuk dijual di tapak pihak ke-3. Kata syarikat itu dalam satu kenyataan di laman sesawang rasminya.

“Oleh yang demikian, kami telah memutuskan untuk menggantung segala perkhidmatan dan operasi kami,” – Awani

Facebook
Twitter
WhatsApp