TERKINI

Kisah Pemandu Teksi Berjalan Kaki Ke Istana Negara

Noorazlan Ismail yang berjalan kaki dari Skudai, Johor Bahru ke Istana Negara berkata pengeluaran KWSP penting untuknya bagi menyelesaikan hutang yang sedia ada. Ikuti temuramah media bersama beliau hari ini.

foto awani

Sebab apa?

“Saya buat benda ni semua pasal saya sangat memerlukan, selama ni pun saya ikuti perkembangan daripada pihak NGO, Menteri-menteri yang sokong pengeluaran (KWSP) ni.

“Tapi banyak yang ditolak, jadi saya fikir apa yang perlu saya buat. So far Perdana Menteri kita, pemimpin kita mungkin mendengar saja, daripada NGO, daripada ahli-ahli parlimen, tapi tak melihat.

“Justeru datang satu jalan yang nak tunjukkan bahawa orang bawahan macam saya memang memerlukan sangat, tersangat-sangat. Untuk menampung hutang-hutang yang sedia ada, menyelesaikan bukan menampung.

“Jadi terima kasih kepada Ngo-ngo yang susah payah, pada pemimpin tak kira kepada blok kerajaan atau pembangkang. Thank you very much.

“Daripada dia oranglah datang ilham saya, dan saya buat benda ni semua saya minta izin kedua ibu bapa saya dengan anak-anak saya dan bekas isteri saya. Dia orang sokong 100%.

“Ada yang kata kesihatan saya tak.. itu yang pastinya saya sihat dari segi fizikal dan mental dan orang tua saya yang hantar saya daripada rumah ke tol skudai. Jadi jangan bimbanglah tentang kesihatan saya.

Bagaimana dengan kaki ketika berjalan?

“Alhamdulillah sekadar melecet saja. Tapi dengan semangat yang saya bawa daripada Johor, menambahkan kelajuan saya berjalan sebenarnya. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan ada orang tegur atau beri sokongan?

“Ramai sangat. Ramai nak beri macam-macam, nak menumpangkan, nak bagi duit, tapi bukan itu motif saya. Kalau saya nak sampai nak orang tumpang, baik saya naik bas daripada Johor ke KL, tak payah susah-susahkan saya, tapi saya nak benda ni pemimpin nampak. Alhamdulillah berjaya, syukur ya Allah. Terima kasih teman-teman.

Bagaimana dengan risiko kesihatan semasa berjalan?

“Ada sekali tu selepas hujan, malam, memang terlalu sejuk sangat. Saya tak ada tempat berteduh, baju dalam beg semua basah, baju saya pakai basah. Masa tu saya dah terlalu penat, jadi saya cuba tidur tapi memang tak boleh (tidur). Tak pernah saya alami kesejukan semacam itu, tapi dengan semangat saya gagahkan diri saya berjalan perlahan-lahan juga. Alhamdulillah

“Saya mula berjalan daripada 28 Mac hingga 2 April 3, 2023.

“Walaupun saya tak dapat jumpa Tuanku. Tapi alhamdulillah saya dapat cenderahati daripada Tuanku. bermaksudnya dia tau saya disini. Alhamdulillah. Harap benda ni dapat melembutkan hati pemimpin kita. – sumber awani

Facebook
Twitter
WhatsApp