TERKINI

4 MB Bertemu Tun M Bincang Pembangunan Ekonomi Negeri

Pertemuan Tun Mahathir bersama Pimpinan PAS – foto Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 3 Sept 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia memberi nasihat serta buah fikiran kepada empat buah negeri yang diperintah oleh kerajaan Perikatan Nasional bagi membangunkan ekonomi negeri tersebut.

Menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, dalam pertemuan bersama empat Menteri Besar iaitu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, perbincangan tertumpu kepada perancangan pembangunan ekonomi negeri terbabit.

“Pelbagai topik perbincangan telah dibincangkan khususnya mengenai perancangan pembangunan ekonomi di negeri-negeri di bawah pemerintahan PAS.

“YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan negeri-negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri PAS mempunyai pelbagai potensi untuk dibangunkan setaraf dengan negeri-negeri yang maju di sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ujar beliau yang juga pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu.

Khairuddin juga berkata perbincangan tersebut berjalan dalam suasana yang begitu positif dan disambut baik oleh kedua belah pihak.

“Mereka berpendapat mereka memerlukan khidmat nasihat daripada Tun, untuk Tun main satu peranan secara proaktif ke arah untuk mencari formula nak bangunkan betul-betul (negeri).

“Nak transform empat negeri ini menjadi negeri ‘economic vibrant’ macam negeri-negeri lain di pantai barat, ujar Khairuddin.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Ketua Setiausaha Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Wira Marzuki Yahya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp