TERKINI

Ada Ekstremis Ambil Kesempatan Atas Kesantunan Islam, kata Dr Maza

Mohd Asri Zainul Abidin – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 7 Sept 2023 – Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata umat Islam yang memiliki budaya sopan santun yang tinggi kini berhadapan sekumpulan ekstremis bukan Islam yang cuba mencabar mereka.

Bercakap dalam satu program di Perlis baru-baru ini, Asri berkata, memburukkan keadaan terdapat orang politik yang membela kumpulan tersebut termasuk juga dalam kalangan pemimpin politik Melayu, Islam sendiri atas nama rahmat untuk semua alam.

“Bukan Islam di negara kita, tak payah kita ceramah muslim tahu tak payah kacau mereka, Islam sangat jelas hak nya kepada mereka, tapi sebahagian orang tak tahu menghargai budi dan jasa orang.

“Islam sepanjang sejarah sangat santun pada bukan Islam tapi ekstremis ini zahirkan permusuhan. Semua parti politik sama sahaja. Hari ini kawan orang ini esok kawan itu kira siapa boleh bagi undi sahaja.

“Nak baca hadis dikalangan orang Islam dia buat tergempar. Orang Islam nak baca hadis dia yang tak setuju. Apa kejadah. Bukan nak baca di kuil dia ke apa. Dulu bukan Islam harmoni,” kata Asri, dalam rakaman video yang dimuat naik di YouTube.

Beliau juga memberi contoh kisah pendudukan Yahudi di Palestin yang mana peringkat awalnya berlaku apabila penduduk Palestin mula menjual tanah mereka kepada pendatang tersebut.

Walaupun terdapat fatwa daripada mufti ketika itu yang mengharamkannya, penduduk Palestin merasakan kehadiran Yahudi akan membawa pembangunan kepada kawasan itu.

“Ramai bantah (kenyataan mufti), mereka kata Yahudi bawa pembangunan nak membangunkan negara Palestin, tapi dia (mufti) kata benar. Mula mula beli tanah, ambil tanah, punyai kekuatan dan halau orang Palestin.

“Asalnya jemput tumpang, di Malaysia jangan kecil hati, saya tak kata kat anda.

“Sebagian manusia dalam dunia tiada tempat nak duduk. Orang yang ada rumah luas tumpangkan dia, dia naik rumah itu duduk cari tempat mana boleh tidur. Mula-mula tidur elok, kemudian dia mula kata macam-macam. Kita dalam rumah ini hak kita sama.

“Asalnya dia menumpang lepastu jadi macam tu, yang itu berlaku di Palestin, sebahagian manusia macam itu. Kita tidak ada isu denga orang bukan Islam yang santun memahami realiti di mana bumi dipijak di situ langit di junjung,” kata Asri, lagi.

Sehubungan itu beliau menyeru agar rasa mereka perlu memiliki rasa hormat kepada pemilik negara ini dan tidak melampaui batas kerana negara ini asas dan layarnya adalah Melayu dan Islam.

“Berpada-pada jangan lebih-lebih sangat. Tidak ada di Malaysia buat cerita orang bukan Islam dianiya dengan orang Islam dan orang Islam sokong tidak ada.

“Islam bukan agama kaum ia agama semua orang. Tidak timbul soal satu bangsa lebih darioada bangsa lain tapi ada keistimewaan kerana ini tempat dia, kawasan kita kawasan Melayu Islam. Maka adatnya Melayu,” katanya lagi. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp