TERKINI

AI mampu kesan pemberi dan penerima rasuah – Tun M

Mahathir Mohamad – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 18 Dis 2023 – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan semua pihak bahawa pada zaman kecerdasan buatan (AI) ini, ada pihak yang mampu mengesan pemberi dan penerima rasuah serta pergerakan wang sama ada secara tunai atau dalam bentuk lain.

Menurut beliau, ketika ini zaman data dan data adalah bukti yang mana AI dapat mengesan apa yang disambungi.

“Di zaman Kecerdasan Buatan (AI) ini, pergerakan duit, tunai atau bentuk lain ada orang yang mampu mengesan siapa yang memberi dan siapa yang menerima.

“Ini zaman data daan data adalah bukti. Demikian Artificial Intelligence dapat mengesan apa yang disambungi. Katanya dalam satu hantaran di laman X, hari ini.

Dr Mahathir menambah, selain kerajaan, ada pihak lain yang boleh menjejaki pergerakan dana.

“Kerajaan akan bertukar. Segala salah laku boleh dilapor kepada kerajaan baharu. Akhirnya ke penjara juga,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan tiada sesiapa pun boleh menganggap dirinya kebal kerana akhirnya mereka akan dipenjarakan jika didapati bersalah melakukan rasuah.- malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp