TERKINI

Akaun TikTok Chegu Bard dipadam

Akaun TikTok Chegu Bard di padam – fb Che Gubard

KUALA LUMPUR, 23 Dis 2023 – Video TikTok, milik Chegu Bard dilaporkan telah dipadam, dan menyusul selepas itu akaun TikTok beliau juga turut dipadamkan.

Menurut Chegu Bard dalam media facebook, ini merupakan akaun ke 5 yang dipadamkan sejak beliau aktif menggunakan applikasi tersebut.

“Lebih kurang 9.30 malam disedari semua video tik tok (VTT) di akaun saya cheGuBard78 telah hilang.

“Beberapa VTT akaun tersebut mendapat jutaan tontonan.

“Lebih kurang jam 11 malam pula akaun dipadamkan.

“Ini merupakan akaun ke 5 dipadamkan sejak saya aktif menggunakan aplikasi Tik Tok sejak pertengahan Mac 2023.

Chegu Bard yang juga Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa
ada pihak menyalah gunakan kuasa dalam membungkam suara kritikan.

“Peralatan termasuk laptop dan gadget sudah 5 biji dirampas dan dalam simpanan penguasa.

“Hilang coint gift ni dah beribu… Beg kuning pun tak boleh buat lagi…..

“Tak mengapa ini semua kemanisan perjuangan, kita bukan seperti mereka gadget di sponsor, elaun JKOM dll wang rakyat hangus… Ujarnya.

Baru-baru ini, Chegu Bard atau Badrul Hisham Shaharin telah membuat laporan polis berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM 16 billion. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp