TERKINI

‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ satu False flag? – Pakar Pertahanan

Ruhanie Ahmad – Awani

KUALA LUMPUR, 28 Dis 2023 – Datuk Dr Ruhanie Ahmad menimbulkan beberapa persoalan mengenai penganjuran piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ yang dilihat seolah-olah satu operasi ‘False Flag’.

Beliau dalam satu ulasan, semalam, menimbulkan persoalan mengenai perkataan “kepong” yang digunakan adalah mirip perkataan “occupied” sewaktu Arab Spring di beberapa negara Asia Barat dan Afrika Utara.

“Bukankah perkataan “kepong” ini seolah-olah mirip perkataan “occupied” sewaktu Arab Spring di beberapa negara Asia Barat dan Afrika Utara, yang ditaja oleh kuasa Barat tertentu? Soalnya.

“Bagaimana jika tindakan “kepong” ini adalah operasi hitam atau operasi ‘bendera palsu’ yang akan dieksploitasikan oleh anasir asing untuk mencetuskan huru-hara bagi mempertahankan Pentadbiran PMX yang dikatakan sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen Malaysia?

Ruhanie yang juga penganalisis keselamatan nasional Malaysia berkata, persoalan mengenai operasi ‘bendera palsu’ ini bukan berasaskan teori konspirasi, sebaliknya ia adalah hakikat yang sudah terbukti di merata dunia.

“Ini kerana sesetengah kuasa asing memang gemar melakukan operasi bendera palsu untuk menghuru-harakan negara yang mempunyai kepentingan geopolitik kepada mereka.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengabsahkan tindakan seperti ini atas prinsip keadilan, kemanusiaan, dan pemuliharaan keamanan atau peace-keeping sejagat. Kata beliau

Menurut Ruhanie, Operasi ‘bendera palsu’ ini pernah berlaku di Eropah Timur, Afrika Utara, Asia Barat, dan di Asia Tenggara; dan kini menjadi bahan kajian yang meluas di kalangan sarjana keselamatan antarabangsa.

Dalam perkembangan yang sama, Polis telah membuka kertas siasatan berhubung piket solidariti untuk Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, yang diadakan sejak 25 Disember susulan penganjurannya dilakukan tanpa permit.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah, berkata kertas siasatan berkenaan dibuka di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata, sehingga kini polis belum memanggil penganjur piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ untuk diambil keterangan kerana menunggu perhimpunan aman itu selesai Ahad ini. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp