MOSCOW, 30 Nov (Reuters) – Mahkamah Agung Rusia memutuskan pada Khamis bahawa aktivis LGBT harus dikategorikan sebagai ekstrimis.
Memetik laporan Reuters di mahkamah yang mendengar keputusan hakim bahawa ia telah meluluskan permintaan daripada kementerian kehakiman untuk mengiktiraf apa yang dipanggil “gerakan sosial LGBT antarabangsa” sebagai pelampau dan melarang aktivitinya di Russia.
Langkah itu adalah sebahagian daripada corak peningkatan sekatan di Rusia terhadap ekspresi orientasi seksual dan identiti jantina, termasuk undang-undang yang melarang promosi hubungan seksual “bukan tradisional” dan mengharamkan perubahan undang-undang atau perubatan jantina. – Reuters