TERKINI

“Anda Hipokrit – Go to hell”, kata Mahathir kepada AS

Mahathir Mohamad – foto Pejabat TDM

PUTRAJAYA, 18 Ogos 24 – Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Amerika Syarikat (A.S.)yang selama ini mendakwa sebagai juara hak asasi manusia, adalah hipokrit.

Menurut Mahathir, disebalik dakwaan tersebut, A.S. hari ini terus menyokong pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin.

“Amerika Syarikat tidak akan menjadi hebat. Malah pada masa lalu ia tidak pernah hebat.

“Dakwaan menjadi juara hak asasi manusia, keadilan dan kedaulatan undang-undang: dakwaan tersebut adalah hipokrit. Ujar Mahathir dalam entri di laman X, baru-baru ini.

Mahathir berpendapat bahawa A.S. diasaskan melalui pembunuhan beramai-ramai orang asli “Red Indian’, justeru dunia tidak perlu terkejut dengan sokongan A.S. terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh Israel.

Mahathir turut mengkritik dan menyifatkan usaha rundingan gencatan senjata antara Israel dan Palestin sebagai palsu.

“Cadangan gencatan senjatanya adalah palsu. Ia tidak melakukan apa-apa untuk melaksanakan cadangan itu. Sebaliknya ia menghantar lebih banyak senjata kepada Israel.

“Apabila Israel membunuh Ismail Haniyeh di Iran, A.S. menuntut agar Iran tidak bertindak balas. Ia tidak memberitahu Israel untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

“Amerika sial. Anda adalah hipokrit terbesar dalam sejarah dunia. Bidas Mahathir.

Dalam kenyataan yang sama, Mahathir membidas usaha A.S. memujuk negara lain untuk menyertai peperangan untuk menyelesaikan konflik.

“Anda lebih memikirkan menjual senjata untuk membunuh orang daripada kedaulatan undang-undang dan mengekalkan keamanan.

“Pergi jahanam; Amerika Si Hipokrit besar. Kata Mahathir.

Ketika ini, rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas sedang berjalan, usaha yang diketuai oleh pengantara Mesir, A.S. dan Qatar.

Menurut laporan, rundingan baru-baru ini telah menunjukkan keadaan masih sangat kompleks, dengan cabaran penting masih perlu diselesaikan. Cadangan utama di atas meja melibatkan proses tiga peringkat yang akan bermula dengan gencatan senjata selama enam minggu, ditambah dengan pembebasan sebahagian tebusan oleh Hamas.

Sebagai balasan, Israel akan membebaskan beberapa tahanan Palestin. Peringkat ini termasuk penarikan Israel dari kawasan tertentu di Gaza.

Di sebalik perjanjian yang berpotensi ini, Israel dipercayai telah menolak kemungkinan gencatan senjata sepenuhnya, dan mendesak untuk meneruskan operasi ketenteraannya, terutamanya di Rafah, sebuah bandar di selatan Gaza di mana sejumlah besar rakyat Palestin berkumpul mencari perlindungan.

Krisis kemanusiaan di Gaza adalah teruk, dengan jumlah kematian melebihi 40,000 dan kemusnahan yang meluas dilaporkan. Konflik yang berterusan, yang bermula pada Oktober 2023, telah membawa kepada penderitaan yang besar, dan walaupun terdapat tekanan antarabangsa untuk menghentikan keganasan, jalan menuju gencatan senjata yang berkekalan masih tidak menentu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp