TERKINI

“Anjur World Chinese Economic Forum, namun kita tak persoal” – Penulis buku sejarah

Mohd Arof Ishak – malayadaily.com

KAJANG, 11 Dis 2023 – Penulis buku “The Malay Civilization”, Mohd Arof Ishak menempelak pihak yang mempertikaikan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera dengan mengaitkannya hanya untuk elit Melayu.

Arof berpendapat bahawa Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum tahun 1949, telah membincangkan perkara berkaitan ekonomi bumiputera bersama pihak British, dan mesyuarat itu bersetuju bahawa masalah ekonomi bumiputera perlu diutamakan.

“Dalam perbincangan jawatankuasa perhubungan kaum, perkara ekonomi adalah perkara yang pertama dibincangkan dibincang oleh British kemudian baru perkara politik pasal kewarganegaraan, jadi selesaikan hal ekonomi dulu baru orang Melayu akan mahu bercerita tentang hak politiknya.

“Jadi selesailah di bahagian pertama perbincangan itu bahawa kaum Cina khususnya akan membantu orang Melayu maju dalam ekonomi mereka, ini satu kefahaman ketika itu tahun 1949, dah ada kefahaman dah, orang kaum Cina akan bantu orang Melayu untuk meningkatkan ekonomi.

“Jadi kenapa sekarang 2023, masih lagi mempersoalkan sebarang usaha dasar kerajaan untuk membina ekonomi orang Melayu? kenapa dipersoalkan padahal benda tu 49 tu kita masing masing dah sedar dah ada keperluan untuk membantu orang Melayu. Ujarnya ketika diwawancara bersama malayadaily, semalam.

Dalam mengulas isu yang sama, Arof membangkitkan penganjuran World Chinese Economic Forum yang diadakan setiap tahun, namun tidak ada mana-mana pihak membantah atau mempersoalkannya.

“Kalau kita nak cakap pasal apa kongres orang Melayu ni katakan akan diadakan kongres ekonomi orang Melayu akan diadakan kali ke-5 ke berapa tahun depan, itu pun nak dipersoalkan walhal kaum Cina telah mewujudkan apa dipanggil World Chinese Economic forum dah ada pertemuan mereka 12 kali dah kita tak pernah persoalkan oh kenapa World Chinese Economic forum perlu diwujudkan.

“Walhal lebih baik untuk mereka berfikir Malaysia first, Malaysian first daripada Chinese, kan… jadi kita tak persoal itu, tapi kita untuk membuat kongres ekonomi untuk 5 kali pun dah dihebohkan sangat kan Walhal ‘World Chinese Economic’ forum itu diasaskan oleh orang Cina Malaysia. Ujar beliau

“Dia buat dia punya forum je setiap tahun, setiap tahun orang tak orang tak bising pun, (tetapi) kita nak buat kongres kita (kali) ke 5, tu pun bising.

Menurut Arof, masalah ini adalah sebahagian daripada perbezaan tamdun maritim (Melayu) dengan tamadun daratan (China).

“Antara tamadun maritim punya orang ni dengan tamadun daratan ni dia punya pemikiran yang lain accomodition kita lebih daripada akomodasi sifat accomodition dia orang orang orang tamadun daratan ni lain, jadi itu dia yang masalah.

“Kalau nak katakan pelbagai budaya di negara kita, pelbagai budaya sebenarnya dua budaya budaya daratan dengan budaya maritim ni, lain dia punya sifatnya lain, itu itu masalah yang kita tak berapa faham. Katanya.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video satu ucapan Ti Lian Ker dari MCA, di mana di dalam ucapannya beliau mempertikaikan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera.

Dalam uacapan tersebut, Lian berkata beliau berharap Kongres Ekonomi Bumiputera ini kongres ekonomi terakhir dan di masa depan kongres ekonomi negara dan seluruh bangsa Malaysia dapat dianjurkan.

“Negara tidak akan maju ke hadapan sekiranya kongres sedemikian bertumpu pada golongan, khususnya elitis Melayu yang seringkali menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan pengaruh dan kedudukan mereka untuk menjutawakan diri tetapi memiskinkan negara. Kata Lian. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp