TERKINI

Anwar Bawa Pelombong Nadir Bumi Indonesia ke Kedah, dakwa Sanusi

Anwar Ibrahim, Muhammada Sanusi Md. Nor – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 2 oGOS 2023 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa pernah membawa seorang warga Indonesia ke Kedah sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu bagi meninjau tapak melombong unsur nadir bumi (REE), kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Sanusi berkata, individu yang dikenali sebagai Reza Khalid itu dikatakan berminat untuk menjadi pelabur bagi melombong hasil REE di negeri itu.

“Sebelum PRU15 diadakan, Anwar Ibrahim datang ke Kedah bersama seorang Indonesia namanya Reza Khalid.

“Saya lihat di portal, Reza jumpa seseorang dan rupanya Reza datang untuk memohon kawasan lombong REE,” kata Sanusi, di Ceramah Perdana Gelombang Perikatan Nasional (PN) DUN Pedu di Peka Naka, malam tadi.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu berkata, beberapa minggu sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, beliau dihubungi perantara yang mengatakan Reza menawarkan lembu untuk dikorbankan ketika sambutan Aidiladha.

“Beberapa minggu sebelum kita bubar DUN, ada orang hubungi saya kata Reza nak bagi berapa ratus ekor lembu korban, tapi saya tak mahu kerana dekat pilihan raya takut jadi rasuah.

“Rupanya Reza hendak memohon tapak lombong REE, patut Pudin (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) pulun sangat, sekarang saya tahu sudah,” kata Sanusi, di ceramah itu.

Malah, dalam ceramahnya, Sanusia juga berkata pentadbirannya terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan modal untuk melombong REE di Kedah.

Tegasnya, aktiviti melombong itu bagaimanapun perlu dilakukan mengikut undang-undang dengan hasilnya perlu dikembalikan kepada rakyat Kedah.

“Saya kata siapa saja di dunia dari benua mana, kalai ada kepakaran, kemahiran dan ada duit nak mohon kawasan REE, boleh mohon dan kita luluskan dengan syarat hasil itu dipulangkan kepada rakyat Kedah.

“Sesiapa pun boleh mari. Anwar Ibrahim, Saifuddin, Reza Khalid boleh mari. Kita buka seluasnya boleh mari, janji buat kerja ikut undang-undang dan betul. Jangan tanah kita rosak, mineral kita hilang, duit kita tak dapat,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp