TERKINI

Anwar Nafi Segala Dakwaan Dan Kandungan Notis Tuntutan – Peguam

foto Utusan Malaysia

PETALING JAYA, 18 April 2023 – Tetuan Thomas Philip yang mewakili Perdana Menteri, berkata anak guamnya menafikan segala dakwaan dan kandungan notis tuntutan dikemukakan berhubung pernyataan fitnah dibuat Anwar, pada Kongres Nasional Khas PKR. Demikian seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today.

Dari laporan itu, menurut peguamnya, Anwar sedia bersemuka dengan Dr Mahathir Mohamad di mahkamah bagi menjawab segala dakwaan dikemukakan bekas perdana menteri itu.

“Anak guam kami bersedia menjawab sebarang dakwaan (jika ada) di mahkamah dan bukan melalui surat menyurat sekiranya anak guam tuan (Mahathir) ingin meneruskan tindakan guaman,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada kongres PKR bulan lalu, Anwar mendakwa bekas perdana menteri itu yang mengetuai pentadbiran selama 22 tahun bawah kerajaan Barisan Nasional, dan 22 bulan semasa Pakatan Harapan memerintah pada 2018, mengayakan diri dan keluarganya ketika berkuasa.

Pada 28 Mac, Mahathir mengumumkan peguamnya menuntut Anwar menarik balik kenyataan dalam tempoh tujuh hari.

Peguam Anwar kemudian memaklumkan pihaknya akan menjawab notis tuntutan yang dikemukakan Mahathir dan meminta tambahan masa sehingga 17 April semalam.

Sebelum tempoh tamat, Anwar dilaporkan berkata beliau akan memberi bukti dakwaan beliau itu, namun sehingga 17 April, tiada bukti dikemukakan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp