TERKINI

Apa Masalah Dengan Naratif Lama Jika Ia Masih Releven? Tanya Aminuddin Kepada Presiden Mapim

Aminuddin Yahaya – foto malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2023 – Ahli Majlis Pimpinan Gagasan Bangsa, Haji Aminuddin Yahaya mempertikaikan kenyataan Presiden Mapim dan menyatakan bahawa masalah orang Melayu semakin meruncing, jika dibiarkan ia akan menjadi semakin parah.

Beliau berkata ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mohd Azmi Abdul Hamid Presiden Mapim semalam yang menganggap Proklamasi Orang Melayu hanyalah naratif lama yang diulang kembali.

“Masalah Melayu semakin meruncing, kalau tidak disebut maka ia akan menjadi semakin parah. POM (Proklamasi Orang Melayu) ini adalah untuk menyedarkan kembali orang Melayu. Adakah itu salah?

Aminuddin turut menyatakan tiada masalah jika naratif (Melayu) ini diteruskan selagi ia masih releven.

“Apa masalah dengan naratif lama jika ia masih releven?

“Kenapa takut sangat dgn POM jika ia cerita lama yang di ulang? Soalnya.

Beliau turut membangkitkan mengapa program pelancaran Proklamasi yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu disekat.

“Jika ia tidak mengemparkan kenapa program untuk mewar-warkan POM disekat? Takut orang Melayu bersatu? Habis kerajaan mahu orang Melayu berpecah, terus terkebelakang?

Menurut Aminuddin lagi sehingga hari ini, Perdana Menteri belum memberi penyelesaian tentang masalah orang Melayu.

“Sehingga hari ini PMX belum mengemukakan penyelesian masalah orang Melayu. Kenapa tidak desak kerajaan berbuat sesuatu? Kenapa diam?

Aminuddin juga mendakwa bahawa kerusi majoriti dalam kerajaan Pakatan Harapan hari ini adalah parti DAP dan ia menjadi bukti bahawa Melayu hanya menjadi ‘Pak Turut’.

“Siapa yang mempunyaj kerusi majoriti dlm PH kalau bukan DAP? Apakah ini bukan bukti Melayu hanya sekadar pak turut.

“Setiap kali ucapan dibuat Melayu sering dihina.

“Jika benar Melayu tidak hilang kuasa, kita cabar kerajaan wujudkan kembali tindakan afirmatif, salurkan dana kepada sekolah-sekolah agama dan tahfiz, lakarkan pelan ekonomi Melayu, angkat kembali budaya dan sejarah Melayu, perkuatkan institusi perundangan Islam, gazetkan perlembagaan Bahasa Melayu, kembalikan tanah rizab melayu dll. Ujarnya.

Aminuddin menambah bahawa penghinaan kerajaan kepada Proklamasi Orang Melayu adalah bukti Melayu hilang kuasa kerana takut dengan desakan kumpulan bukan Melayu.

“Penghinaan kerajaan kepada POM adalah bukti Melayu hilang kuasa kerana takut dgn desakan bukan melayu. Kalau POM tidak memberi kesan masakan kerajaan begitu takut. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp