TERKINI

Tapak UNESCO : Lembaga Warisan Negara perlu peka terhadap percubaan untuk mencorak semula naratif Negara – Prof Murad

Youtube Banner Md.com – 2

KUALA LUMPUR, 12 Feb 2024 – Ahli akademik, Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican dalam beberapa entrinya di laman sosial facebook, menggesa Lembaga Warisan Negara dan Pesuruhjaya Warisan agar peka dengan segala percubaan mencorak semula naratif negara.

Beliau berkata demikian khusus merujuk kepada isu berkaitan usaha Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mencalonkan kampung baharu Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Dalam entri-entri pendek tersebut, Ahmad Murad juga menegaskan bahawa Orang Melayu dan pribumi lain tidak perlu mengemis untuk tapak warisan UNESC0. Katanya, seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak adalah sememangnya semulajadi tapak warisan pribumi dan ia tak perlu pengiktirafan luar.

“Kita minta pihak berkaitan jangan menyalahgunakan kemudahan Unesco untuk memperibumikan bangsa sendiri. Malu negara.

“Diminta Lembaga Warisan Negara dan Pesuruhjaya Warisan peka akan segala percubaan mencorak semula naratif negara. Ujarnya.

Ahmad Murad yang juga Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) berkata, usaha-usaha sebegini biasanya di bawah radar Lembaga Warisan dan Pesuruhjaya Warisan.

“Kes George Town dan Melaka adalah satu contoh. Di mana pribuminya? soalnya.

Ahmd Murad turut menggesa agak disemak semula fungsi Majlis Warisan Negara dan Pesuruhjaya Warisan.

“Minta mereka baca dan faham dengan betul dossier permohonan Unesco. Naratif palsu sudah diluluskan 2008.

Tambahnya, Kampung Baharu Cina tidak perlu (pengiktirafan) Unesco sebaliknya kawasan kampung Batu Uban dan Tanjong Tokong, wajar dibangunkan/sejarah tapak-tapak itu yang telah binasa mesti dibina semula untuk naratif yang inklusif.

Beliu turut menegaskan bahawa isu cadangan Kampung Baharu Cina ini tidak wajar diperbincangkan.

“It Is non-negotiable. Harap orang Melayu faham kenapa.

“Biarlah tuan rumah menentukan bilik mana yang hendak dihiasi untuk dijadikan bilik tetamu. Tetamu bukan pemilik rumah walaupun pernah menjenguk di dapur menghidu aroma tumisan untuk makan tengahari. Ujarnya memberi perumpamaan.

Baru-baru ini, banyak pihak menyuarakan bantahan berhubung cadangan Menteri Nga Kor Ming yang mahu mencalonkan Kampung Baharu Cina dijadikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

UMNO, PN dan NGO-NGO telah menyuarakan bantahan tersebut. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp