TERKINI

Huru-Harakan Negara Bukan Tujuan “Proklamasi Orang Melayu”

Sekarang kerap kita mendengar ungkapan; Orang Melayu sudah berpecah kerana wujudnya berbagai Parti Melayu di persada Politik Tanah Air. Maka inilah salah satu kenapa Sekretariat Tanahair mengujudkan “Proklamasi Orang Melayu”.

Proklamasi yang baru dilancarkan pada 19 Mac 2023, merupakan satu proklamasi orang Melayu yang melangkau batasan kepartian. Ianya bukan untuk mana-mana parti politik atau kumpulan, ianya dibuat untuk orang Melayu.

Untuk menyedarkan orang Melayu di manakah kedudukan kita di Tanah Melayu ini. Ianya untuk menyatukan orang Melayu, kerana hanya dengan penyatuan orang Melayu maka kejayaan akan dapat di capai bagi menjamin masa depan orang Melayu.

Proklamasi Orang Melayu ini mendapat sokongan dari Negarawan Negara yang kita Banggakan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, dan juga beberapa lagi pemimpin-pemimpin Melayu, seperti Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, Dato’ Mohd Zaini Hassan, Aminuddin Yahya, Tan Sri Khalid Yunus, Datuk Wira Marzuki Yahya, Dato’ Tamrin Abdul Ghafar, Datuk Dr Ibrahim Ali, Dato Mohamed Mohsin Abdul Razak dan ramai lagi yang akan menyusul.

Mereka telah menunjukkan sokongan kepada Proklamasi Orang Melayu ini dengan hadir pada 19 Mac 2023 dan menurunkan tandatangan.

Tiada apa-apa yang rasis didalam kandungan Proklamasi Orang Melayu dan bukan niat Sekretariat Tanahair untuk meniup sentimen perkauman mahu pun mencetuskan keadaan huru-hara di dalam negara yang tercinta ini.

Apakan lagi merampas hak kaum lain, tidak disebut sepatah pun mengenai mana-mana kaum di atas bumi ini selain Orang Melayu. Proklamasi ini semata-mata untuk mengimbau kelemahan dan memberi kesedaran serta menyeru penyatuan orang Melayu.

Melayu perlu bersatu, kerana apabila kita dilihat berpecah dan lemah, maka Islam itu akan dilihat lemah. Baru-baru ini Utusan Malaysia melapurkan ada sekumpulan individu dan Persatuan Agama menyaman 8 buah Negeri dan mendesak ditukar enakmen Undang-Undang Islam, sebelum ini pula terapat isu menjemput belia melawat gereja, ini semua mencabar kesucian Islam dan kedudukan Agama Islam sebagai Agama rasmi Negara.

Seruan adalah untuk Orang Melayu menghayati 12 perkara yang tercatit didalam Proklamasi ini, dan berikan sokongan dengan menurunkan tandatangan samada melalui online mahupun diatas borang.

Berikan perhatian kepada perkara ke 9,10,11 dan 12 Proklamasi Orang Melayu yang berbunyi:

9. Pemulihan bangsa Melayu hanya akan berjaya jika mereka Kembali bersatu.

10. menyelamatkan bangsa itu adalah kewajipan dan bukan perkauman. Namun, ia akan menjadi perkauman jika bangsa itu dibiarkan tidak relevan lagi.

11. Jesteru, kita menyeru supaya ketepikan kepentingan parti dan diri sendiri.

12. Bertautlah semula, demi Agama, Bangsa dan Agama.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp