TERKINI

Apandi Ali Tidak Amanah – Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan (kiri), Mohamed Apandi Ali (kanan) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2023 – Pengerusi Mobilisasi Sekretarit Proklamasi Orang Melayu (POM), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan bekas peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali  sebagai seorang yang tidak amanah kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan adil berhubung penyelewengan skandal 1MDB.

“Bagi saya Apandi Ali seorang yang tidak amanah dan tidak melaksanakan tanggungjawab secara adil, saksama mahupun professional.

Khairuddin membangkitkan peranan Apandi yang sebelum ini yang bertindak membersihkan Najib Tun Razak daripada kes 1MDB yang mana selepas itu mahkamah telah mendapati Najib bersalah.

“Dulu Apandi Ali menafikan wujudnya sebarang salahlaku dalam kes skandal 1MDB tetapi bagaimana pula dengan pendiriannya kini?

“Adakah Apandi Ali masih boleh menafikan tiada sebarang unsur salah laku ataupun penyelewengan dalam kes skandal 1MDB?, ujar beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Khairuddin juga menceritakan kembali bagaimana laporan-laporan yang dibuat, tidak diendahkan oleh bekas peguam negara tersebut.

“Pada waktu itu Apandi Ali tidak mahu bertindak langsung di atas segala laporan-laporan saya pada pejabat Peguam Negara.

“Pejabat Peguam Negara juga tidak pernah ‘response’ terhadap semua surat menyurat saya kepada mereka.

“Sesungguhnya, adalah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa Apandi Ali ini adalah salah seorang ‘Pengkhianat’ yang bersubahat untuk menutupi segala penyelewengan kes skandal 1MDB pada tempoh tersebut. Kata Khairuddin.

Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Bekas perdana menteri itu dihukum penjara 12 tahun serta denda RM210 juta. Hari ini, genap 1 tahun Najib menjalani hukuman di Penjara Kajang. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp