TERKINI

Bantuan Khas RM400 Kepada Kakitangan Awam Kedah – MB

Muhammad Sanusi Md Nor -foto Reuters

ALOR SETAR, 24 Ogos 2023 – Kakitangan awam Kedah akan menerima bantuan Khas RM 400 daripada kerajaan negeri, bantuan tersebut akan dibayar pada 14 Sept ini.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata sejumlah 5,600 kakitangan awam kerajaan negeri akan menerima manfaat itu melibatkan peruntukan kira-kira RM2.08 juta.

“Ada keputusan besar juga diputuskan sebentar tadi iaitu pemberian bantuan khas kepada kakitangan awam kerajaan negeri.

“(Jadi) kita beri kakitangan awam kerajaan negeri RM400,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco pertama penggal ini di Wisma Darul Aman, pada Rabu. – Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp