TERKINI

Bebas Kata Apa Sahaja Dalam Dewan Rakyat, kata Tun M

Mahathir Mohamad (tengah) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 28 Sept 2023 – Ahli Parlimen bebas bercakap apa sahaja di dalam Dewan Rakyat tanpa dikenakan sebarang tindakan, termasuk mengatakan berkenaan perkara sensitif, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiada sekatan untuk mereka berbahas dan berhujah dalam Dewan Rakyat, dan bebas daripada tindakan undang-undang termasuk mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim peliwat, katanya.

“Jangan takut ruang dalam Dewan. Nak kata Anwar peliwat ok. Itulah kelebihan Dewan Rakyat.

“Parlimen dewan untuk bercakap. Dalam Dewan bebas bercakap, tak boleh ambil tindakan undang-undang dan bawa kes ke mahkamah tak boleh buat,” katanya, dalam program bicara negarawan di Putrajaya, semalam.

Dalam kekecohan di Dewan Rakyat minggu lepas, ahli Parlimen Putrajaya Datuk Radzi Jidin mengatakan beliau percaya Anwar peliwat berulang kali, selepas ahli Parlimen Tambun itu menuduh beliau terlibat salah laku.

“Dalam Parlimen kita bebas bercakap tidak ada tindakan. Kita bebas dalam Parlimen sebab itu cabaran dibuat selalu kalau berani cakap di luar Dewan, luar Dewan kalau kita sebut benda itu dia boleh ambil tindakan undang-undang, dalam dewan kita bebas,” kata Mahathir. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp