TERKINI

Bersatu Atas Matlamat Yang Sama, Bukan Untuk Selamatkan Diri Dari Tindakan Undang-undang – Tun Mahathir

Mahathir Mohamad – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 15 Sept 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa adalah suatu keperluan untuk semua pihak bersatu namun mesti atas matlamat yang sama, bukan untuk selamatkan diri daripada tindakan undang-undang.

Bercakap dalam forum Minggu Negarawan bertajuk ‘Perpaduan’, Mahathir berkata, jika mempunyai matlamat yang berbeza bahkan bertentangan, tak mungkin kita boleh bersatu.

“Kita perlu bersatu padu, tetapi untuk itu kita perlu mempunyai matlamat yang target yang sama, kalau sama matlamat kita mudah bersatu, tetapi kalau kita mempunyai matlamat yang berbeza-beza bahkan bertentangan tak mungkin kita bersatu.

“Dalam Malaysia sekarang ini kita dapati beberapa golongan yang terlibat dengan jenayah yang terlibat rasuah tak mungkin orang yang bersih daripada jenayah dan rasuah bersatu dengan orang yang terlibat dengan rasuah dan jenayah. Ujarnya dalam forum mtersebut.

Mahathir juga mengimbau sejarah ketika orang Melayu melawan Malayan Union, ketika itu mereka mempunyai satu matlamat dan dengan itu mereka mudah bersatu dan berjaya.

“Kalau kita lihat ke belakang sedikit di masa kita lawan Malayan Union pada masa itu orang Melayu tidak ada matlamat lain melainkan untuk menyelamatkan negara mereka.

“Jadi matlamatnya semua sama dan mereka tidak terlibat dengan rasuah tidak terlibat dengan jenayah mudah bagi mereka bersatu padu, perpaduan supaya melawan dengan Malayan Union dan mereka berjaya.

Namun, Mahathir menjelaskan berbeza dengan hari ini apabila orang Melayu terpecah dalam banyak parti yang mempunyai matlamat berbeza yang akhirnya menyukarkan mereka untuk bersatu

“Tapi hari ni kita dapati mereka terbahagi kepada parti-parti yang mempunyai matlamat yang berbeza-beza mereka juga ada yang terlibat dengan jenayah dengan rasuah dan ada yang bersih sebab itu sukar bagi mereka bersama-sama bersatu dalam apa juga pertubuhan.

“Kita dapati perpaduan tidak berlaku pertamanya kerana perbezaan pendirian disatu pihak mereka yang salah yang terlibat dengan jenayah dan rasuah tidak mungkin bersatu padu dengan orang yang bersih.

“Mereka juga terbahagi kepada parti-parti dan utamakan perjuangan parti dan perjuangan parti mereka berbeza antara satu parti dengan yang lain, sebab itu mereka tak mungkin bersatu padu dan ada perpaduan.

“Inilah sebabnya yang hari ni kita melihat perpecahan dikalangan orang Melayu sendiri, diantara orang Melayu dengan orang bukan Melayu, diantara penjenayah dengan bukan penjenayah, diantara orang yang mempunyai matlamat untuk selamatkan negara dengan orang yang mempunyai matlamat nak rebut kuasa supaya terlepas daripada tindakan undang-undang. Katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp