TERKINI

“Haiwan membunuh untuk makan, Israel membunuh kerana mahu membunuh” – Tun M

Mahathir Mohamad – foto Facebook TDM

KUALA LUMPUR, 31 Dis 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggambarkan keganasan dan kekejaman Zionis Israel ke atas rakyat palestin, lebih buruk daripada haiwan.

Dalam entri terbarunya hari ini, Mahathir berkata Israel percaya bahawa keselamatan mereka hanya boleh dimenangi dengan membunuh rakyat Palestin secara menyeluruh.

“Bagaimana orang boleh berbuat demikian kepada sesama manusia. Apa jenis orang Israel ini.

“Adakah mereka manusia atau haiwan. Malah haiwan membunuh untuk makanan. Tetapi orang Israel membunuh kerana mereka mahu membunuh.

“Mereka percaya bahawa keselamatan mereka hanya boleh dimenangi dengan membunuh rakyat Palestin secara menyeluruh. Ujar Mahathir.

Mahathir turut menzahirkan rasa kecewa apabila dunia tidak berbuat apa-apa walaupun PBB ditubuhkan untuk mengelak dan menghentikan peperangan.

“Dan dunia diam diri.

“Dunia telah menubuhkan PBB untuk menamatkan peperangan. Tetapi apa yang berlaku lebih teruk daripada peperangan.

“Ia adalah pembunuhan beramai-ramai – jenayah terhadap kemanusiaan. Ujarnya.

Mahathir juga mengingatkan bahawa perang dunia sudah berlaku dua kali, namun peperangan masih tidak dapat dihentikan kerana Amerika Syarikat membiarkan pembunuhan beramai-ramai terus dilakukan.

Tambah Mahathir, peperangan ini akan berterusan sekalipun ramai orang-orang Hamas mati dibunuh, kerana orang lain akan mengambil tempat pejuang Hamas.

“Walaupun semua ahli Hamas terbunuh, orang lain akan mengambil tempat mereka. kenapa?

“Kerana orang Palestin lain akan mengingati kebinatangan orang Israel. Permusuhan akan berterusan untuk generasi dan generasi.

“Akan ada peperangan. Tidak akan ada kedamaian. Akan ada pembunuhan balas dendam, pengebom berani mati, pembunuhan.

Mahathir menegaskan bahawa dunia akan mengingati orang Israel sebagai orang yang kejam dan tidak bermoral yang tidak mempedulikan hak asasi manusia dan belas kasihan.

“Amerika bersalah seperti Israel atas pembunuhan besar-besaran rakyat Palestin. Kata Mahathir. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp