TERKINI

“Bila pula saya lompat parti”? – Noh Omar tanya Puad Zarkashi

PUTRAJAYA, 6 Julai 24 – Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar membidas kenyataan Datuk Puad Zarkashi dan menyifatkan Speaker Dun Johor sebagai ‘pelupa’.

Dalam kenyataannya, Noh Omar memberitahu bahawa beliau tidak melompat parti kerana beliau bukan lagi ahli parti UMNO.

“Puad kata, saya sanggup jual nama Najib Razak untuk lompat parti.

“Puad ini dah lupa ke apa?

“Bila pula saya melompat parti? Saya bukan lagi ahli UMNO dan saya sebelum ini tidak menganggotai mana-mana parti politik atas nasihat Bossku semasa berjumpa beliau di mahkamah minta saya bersabar.

“Oleh itu, saya bebas untuk memilih mana-mana parti. Katanya.

Menurut Noh Omar, isu Adendum Najib merupakan antara perkara yang mengecewakannya, dan beliau mendakwa Datuk Seri Najib diperdaya dengan rakan-rakan pemimpin UMNO.

“Saya sudah lama kecewa dengan UMNO. UMNO tetap tidak berubah.

“Tambahan pula didalam Isu Adendum ini, Dato’ Sri Najib Razak sekali lagi terperdaya dengan drama dan wayang dari rakan-rakan disekeliling beliau.

“Mustahil Menteri-Menteri UMNO tidak tahu samada addendum itu wujud ataupun tidak.

Noh turut mempersoalkan dimana usaha meminta tandatangan sokongan kepada Najib yang dibuat untuk diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong.

“Saya juga ingin tanya Puad, apakah hasil Majlis Tertinggi UMNO Malaysia membincangkan perkara Isu Adendem dan pembebasan Najib ini di Mesyuarat MT ?

“Mana pergi gerakan meminta tanda-tangan sokongan kepada Najib, untuk diserahkan kepada YDP Agong ? Sudah lupa Puad?

Dalam kenyataan yang sama, Noh Omar turut menyifatkan Puad Speaker yang ‘Low Class’ kerana tidak bersikap berkecuali kerana peranan sebagai Speaker Dewan negeri seharusnya tidak mencampuri urusan politik kepartian.

“Yang sebenarnya tanpa Puad sedari, Puad adalah seorang Speaker DUN yang Low Class.

By Convention, di Parlimen Westminster, United Kingdom ataupun dimana-mana Parlimen di Negara Commonwealth, apabila seseorang Ahli Parlimen dilantik sebagai Speaker House of Commons atau Speaker Negara berkenanan.

“Maka Speaker yang telah dilantik, tidak lagi mencampuri urusan isu-isu politik ke partian.

“Speaker mesti neutral dan impartial, tidak memihak kemana-mana pihak. Tegasnya.

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Puad Zarkashi, berkata, Noh sengaja menjual nama Najib untuk melompat parti, walaupun diketahui beliau bukan penyokong kuat ‘Bossku’.

Beliau menyifatkan alasan Noh Omar menyertai Bersatu kerana simpati terhadap nasib dan perkembangan kes bekas perdana menteri Najib Razak sebagai ‘low class’.

Jan tahun lalu, mantan Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dipecat daripada UMNO, turut dipecat, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.- malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp