TERKINI

Ada ‘Grand Design’ aniaya Tun M

Khairuddin Abu Hassan (kiri) – malayadaily.com

Azalina Othman Said jangan ‘main wayang’ untuk tunjukkan seolah-olah Kerajaan Madani ini bersih serta suci kononnya kerajaan tidak boleh ambil tindakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memang betul kerajaan tidak boleh ambil tindakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi badan penguatkuasaan undang-undang kini telah dipengaruhi oleh cengkaman kerajaan.

PMX bercakap pasal ‘Reformasi’ tetapi sebenarnya merekalah kalangan yang salahguna undang-undang.

Segala pendakwaan dilakukan secara ‘terpilih’ ke atas musuh-musuh politik mereka semata-mata.

Perancangan untuk menganiayai Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Pulau Batu Putih dirancang oleh Kerajaan Madani.

Ini keseluruhan rakyat Malaysia dapat melihat dengan jelas akan niat jahat PMX dan Kerajaan Madani.

Perancangan untuk menganiayai Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Pulau Batu Putih telah dirancang secara terancang oleh PMX dan Kerajaan Madani atas dasar ‘dendam kesumat’ Anwar Ibrahim.

Secara jelas kalangan ‘penjilat tegar’ Kerajaan Madani seperti Azalina Othman Said telah pun buat ‘pre emption’ agar kalangan tertentu harus buat laporan polis ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad agar siasatan boleh dijalankan.

Ini satu arah tunjuk yang jelas bagi mendorong kalangan yang anti dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk buat laporan polis terhadap mantan Perdana Menteri dua kali ini secara kadar segera agar siasatan boleh dijalankan selepas itu.

Apabila siasatan dijalankan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad sudah pasti mereka akan ‘beri tekanan’ pada Peguam Negara untuk mendakwa beliau.

Perkara ini pasti berlaku dan Azalina Othman Said jangan ingat rakyat Malaysia ‘bodoh’ serta tidak boleh baca gerak-geri perancangan mereka.

Tambahan pula hari ini Wan Azizah Wan Ismail, Mat Sabu dan Anthony Loke telah menyatakan kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengambil tindakan secara sendirian dalam isu kes Pulau Batu Putih.

Skrip dan jalan cerita ‘penyangak-penyangak’ ini mudah dibaca kerana kita tidak bodoh seperti mereka.

Apa pun saya yakin demi kebenaran Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gusar langsung dengan perancangan jahat ini kerana pada hakikatnya beliau tidak membuat keputusan secara bersendirian.

Kita hanya mahu melihat ‘grand design’ jahat mereka yang sedang dilakarkan ini boleh pergi berapa jauh untuk menganiayai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Inilah resam manusia seperti Azalina Othman Said yang boleh diibaratkan seperti ‘kacang lupakan kulit’ kerana karier politik beliau digilapkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada suatu masa dahulu.

Azalina Othman Said ‘dua kali lima’ dengan PMX yang pernah diacukan juga oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi kini mereka berdua cuba ‘tikam’ Tun Dr Mahathir Mohamad atas alasan tertentu.

PMX dan Azalina Othman Said boleh buat apa saja tetapi kedua ‘ekor’ monyet ini jangan lupa dengan keujudan Allah swt.

Kebenaran pasti timbul akhirnya sepertimana isu Anwar Ibrahim ‘kaki peliwat’ yang tidak dipercayai pada suatu masa dahulu telah diketahui umum pada hari ini.

Akhirnya, hari ini majoriti rakyat Malaysia tahu secara jelas Anwar Ibrahim adalah peliwat yang dipenjarakan atas kesalahan yang sama sebanyak dua kali.

Saya telah bersedia untuk memerangi ‘monyet-monyet’ ini secara habis-habisan sekiranya penganiayaan dilakukan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Oleh : Khairuddin Abu Hassan, ADT Muafakat Nasional

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp