KUALA LUMPUR, 6 Feb 2024 – Rancangan kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mencalonkan kampung baharu Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco di bantah keras oleh ahli akademik sejarah, Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican.
Dalam satu temubual menerusi panggilan telefon, semalam, Ahmad Murad berkata ia merupakan suatu cadangan tidak wajar kerana beliau mendakwa ia adalah satu usaha untuk memperibumikan bukan Melayu di Malaysia.
“Ia (tapak UNESCO) tidak wajar kerana ia adalah satu usaha untuk memperibumikan bukan Melayu di Malaysia
“Apabila diberi pengiktirafan taraf warisan UNESCO ia melibatkan tanah, jadi apabila yang melibatkan tanah, sesiapa yang menghuni di tanah itu dianggap sebagai orang asal orang Peribumi.
“Ini adalah langkah untuk mengubah dan menukar sejarah Malaysia pada masa depan jadi usaha ini sebenarnya tidak wajar dan tidak patut dilaksanakan. Ujar beliau.
Ahmad Murad ketika memberitahu malayadaily, mendakwa bahawa penduduk-penduduk di tapak itu akan dianggap sebagai orang asal peribumi dan tempat itu dan lama-kelamaan akan dijadikan bukti dan fakta bahawa penduduk kampung baharu adalah penduduk asal Peribumi Malaysia
“Lalu mencabar pemperibumian penduduk Melayu, penduduk Melayu seterusnya akan dilabel sebagai pendatang dalam arus sejarah masa depan Malaysia.
Ahmad Murad dalam pada itu turut mempersoalkan mengapa kerajaan tidak memilih kampung-kampung Melayu sebagai tapak warisan UNESCO?
Katanya lagi, mengapa tidak memilih kawasan-kawasan Melayu bangunan-bangunan sejarah Melayu?
“Bukan kita rasis, tetapi kita mesti lihat mereka ingat, orang Melayu tak faham, oh kita faham.
“Yang membawa implikasi yang parah kepada identiti dan dan nasionaliti orang Melayu dan lama-kelamaan mereka duduk di kampung-kampung baharu dikenali sebagai native Malaysia apakah ini betul? dan apakah ini wajar? Tegasnya.
Ahmad Murad yang juga Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, membandingkan usaha kerajaan berbanding Presiden Amerika Barack Obama dan Perdana Menteri Britain Rishi Sunak yang tidak menuntut perkara yang sama di negara mereka.
“Ini bukan rasis, adakah Obama dan Rishi Sunak menuntut status UNESCO kepada puak-puak mereka di Britain dan Amerika?
“Apakah Obama dan Rishi Sunak menuntut dan dan ingin memelihara warisan warisan India dan Kulit Hitam Amerika Syarikat sebagai warisan UNESCO?
“Mereka tidak buat begitu dan mengapa orang bukan Melayu di Malaysia berlebih-lebihan nak buat begitu? ini sudah tidak betul, apa mengarut?, katanya.
Dalam temubual itu, Ahmad Murad mengulangi peringatannya bahawa cadangan tersebut akan membawa implikasi, memesongkan sejarah negara dan pengiktirafan UNESCO itu, bermaksud menukar sejarah Malaysia, menafikan status peribumi Melayu di negara ini dan juga boleh dikatakan sebagai satu usaha ‘ethnocide’ iaitu memadamkan warisan Melayu yang yang sudah wujud sejak beribu tahun.
“Ini satu dasar yang tidak Madani langsung, kumpulan Melayu, NGO Melayu, portal Melayu, mesti membangkang dan membangkang menggunakan hujah-hujah sebegitu.
“NGO Melayu dan orang Melayu mesti sedar bahawa sejarah Melayu masa depan mungkin tiada lagi di Malaysia. Tegas Ahmad Murad.
Baru-baru ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata kerajaan sedang merangka cadangan untuk mencalonkan kampung baharu Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah mereka. – malayadaily.com
Rakaman temubual tersebut boleh ditonton disini