TERKINI

Cadangan Letak SPRM Bawah Parlimen Dibangkitkan

foto berita harian

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2023 – Persoalan sama ada kerajaan bercadang untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bidang kuasa Parlimen antara yang dibangkitkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) meminta Perdana Menteri menyatakan kesediaan kerajaan melaksanakan syor daripada Transparency International Malaysia (TI-M) supaya SPRM diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen dan bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Soalan itu dikemukakan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) dengan Mas Ermieyati berkata tindakan itu bagi memastikan proses semak dan imbang agensi bebas dan telus sekali gus meningkatkan tahap kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap SPRM. – sumber BERNAMA

Facebook
Twitter
WhatsApp