TERKINI

Chegu Bard bongkar rasuah RTB

Che'gu Bard gesa siasat dakwaan rasuah tebatan banjir RM16 bilion
Badrul Hisham Shaharin – Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR, 21 Dis 2023 – Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin telah membuat laopran polis berkaitan dengan rasuah Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Badrul yang lebih dikenali sebagai Che’gu Bard menggesa siasatan dijalankan berhubung dakwaan kes rasuah tersebut yang bernilai lebih RM16 bilion.

Menurutnya, sekitar April 2023 telah bocor dokumen di mana surat sulit Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang ditandatangi Nik Nazmi Nik Ahmad sendiri ditujukan kepada Menteri Kewangan untuk meminta kelulusan projek tebatan banjir yang dijalankan secara runding terus dengan senarai syarikat sudah siap.

“Paling menarik ia jauh lebih tinggi berlipat ganda kos nya dari cadangan Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Kos RTB menjadi RM16,639,667,000 siap dengan peruntukan RM500,000,000 atas nama Pasukan Khas(Pejabat Perdana Menteri) Projek Tebatan Banjir – off Budget. Katanya.

“Untuk RTB sahaja hampir RM1billion kebocoran dikesan dari keseluruhan budget RM16 billion. Keadaan sangat kritikal, rasuah bukan sahaja membiak seolah halal malah telah diinstitusikan.

Menurutnya lagi, laporan dibuat kepada pihak polis dan bukannya bukan SPRM, kerana beliau hilang kepercayaan terhadap SPRM khususnya berkaitan isu-isu integriti melibatkan KP SPRM.

“SPRM juga dilihat lebih menjadi alat politik regim penguasa.

Beliau berkata, jika disiasat pasti akan terbongkar kerana jelas projek bernilai ratusan hingga bilion ringgit antara proksi yang membuat perjanjian agar dibayar ‘fi perunding cara’ kepada seorang individu yang menerima puluhan juta ringgit.

“Kita akan serah bukti dokumen kepada pihak polis.

“Pihak polis diminta siasat perkara ini. Bagi kes tebatan ini, hampir RM1 bilion daripada RM16 bilion kebocoran dikesan di mana ia sangat kritikal, rasuah bukan sahaja membiak tapi seolah halal,” ujarnya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp