TERKINI

Chegu Bard Lapor SPRM, Dakwaan Salah Laku Kerajaan Negeri Selangor

foto malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2023 – Aktivis politik Badrul Hisham Shaharin hari ini membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlakunya salah laku dalam penganugerahan projek bernilai RM700 juta dan skandal tanah bernilai RM10 bilion oleh kerajaan negeri Selangor kepada syarikat milik taikun terkemuka.

Dalam pendedahannya, Badrul yang juga dikenali sebagai Chegu Bard mendakwa, beliau memiliki bukti berupa dokumen yang menurutnya berlaku beberapa salah laku dari segi teknikal dan moral dalam skandal tanah dan projek pembersihan tersebut.

“Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Datuk Seri Amirudin Shaari selaku Menteri Besar Selangor telah memberikan projek membersihkan Sungai Klang kepada sebuah sebuah syarikat bernilai RM700 juta tapa melalui proses tender terbuka.

“Walaupun ia syarikat bertujuan khas (SPVC) tetapi ia bukan dikawal kerajaan negeri kerana kerajaan negeri adalah pemegang minoriti dimana 55 peratus dikawal oleh pihak lain,”katanya.

Syarikat itu juga dakwanya memperoleh pemilikan tanah lebih 600 ekar yang bernilai RM10 bilion (GDV) yang diberikan kerajaan negeri Selangor.

Chegu Bard turut mendakwa, nama Amirudin dan Ir. Izham Hashim, yang merupakan exco kerajaan negeri turut berada dalam syarikat berkenaan, berdasarkan carian maklumat yang dilakukannya.

Malah kedua-duanya juga dakwa Chegu Bard turut menerima elaun.

“Saya tidak boleh mengedarkan pada peringkat ini, kerana ia bertaraf sulit,” katanya, dalam sidang media berkenaan.

Beliau juga menyeru pengundi Selangor agar memilih Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan sekiranya mahu melihat dokumen sikit tersebut.

“Jadi kalau orang Selangor nak tengok apa sebenarnya mungkin selepas kerajaan baharu angkat sumpah nanti kita boleh minta kerajaan baharu untuk klasifikasi semula dokumen-dokumen ini sebagai umum,” katanya.

Malah, syarikat yang dakwanya memperoleh manfaat daripada kerajaan negeri tersebut mempunya mempunyai masalah kewangan.

“Syarikat ini pun bermasalah sebelum ini melalui laporan-laporan audit, tetapi malangnya terus diberi kuasa,” katanya lagi.

Facebook
Twitter
WhatsApp