TERKINI

MAHB-BlackRock: Profesor Hak Asasi harap Malaysia pertimbang kembali hasrat kerjasama

Saul Takahashi – foto TikTok

PUTRAJAYA, 3 Jun 24 – Seorang Profesor, Saul Takahashi daripada Kajian Hak Asasi Manusia dan Keamanan diUniversiti Osakajabaku, Jepun berharap kerajaan Malaysia mempertimbangkan kembali hasrat kerjasama perniagaan yang melibatkan syarikat BlackRock.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok, beliau berkata, adalah tidak wajar kerajaan Malaysia mempertimbangkan pemberian kontrak kepada Blackrock sebagai sebahagian daripada konsortium untuk menguruskan lapangan terbang di Malaysia

“Saya berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pejabat untuk Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia di tanah Palestin yang dijajah.

“Saya mendapati adalah tidak wajar bahawa kerajaan Malaysia mempertimbangkan pemberian kontrak kepada Blackrock sebagai sebahagian daripada konsortium untuk menguruskan lapangan terbang di Malaysia. Katanya.

Profesor Takahashi, yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia ke Palestin, berkata, BlackRock merupakan pembiaya utama kompleks ketenteraan Amerika Syarikat (AS), malah Ketua Pegawai Eksekutifnya terkenal dan lantang menyokong rejim Zinois.

“BlackRock ialah pembiaya utama kompleks perindustrian ketenteraan AS dan pelaku pembunuhan beramai-ramai Israel yang berlaku di Palestin di hadapan mata kita walaupun semasa kita bercakap.

“Ketua Pegawai Eksekutif Blackrock juga seorang yang terkenal dengan suara lantang menyokong rejim apartheid Zionis, ujarnya.

Tambah beliau, adalah amat mengejutkan apabila kerajaan Malaysia yang selama ini dikenali sebagai pendukung kuat perjuangan rakyat Palestin, mempertimbangkan untuk memberikan kontrak (BlackRock).

“Saya amat berharap kerajaan Malaysia akan mempertimbangkan semula keputusan ini dan mengelak daripada melakukan sebarang perniagaan dengan pelaku pembunuhan beramai-ramai Israel.

Sebelum ini, Khazanah Nasional Berhad mengumumkan ia kini menerajui sebuah konsortium, Gateway Development Alliance (GDA), bagi tawaran sukarela prasyarat untuk membeli semua saham dalam Malaysia Airport Berhad (MAHB) yang belum dimilikinya, dengan harga tawaran RM1 seunit.

Pemegang saham konsortium itu turut merangkumi usaha sama antara Abu Dhabi Investment Authority (Adia) dan Global Infrastructure Partners (GIP).

GIP kini dimiliki oleh syarikat pelaburan multinasional Amerika Syarikat, Blackrock.

Namun, rancangan tersebut mendapat bantahan pelbagai pihak. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp