TERKINI

PRN 2023 : Hampir Semua Kerusi Pertandingan Satu Lawan Satu

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2023 – Selepas beberapa pengumuman barisan calon oleh Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihanraya Negeri 2023, beberapa kerusi bakal mencuri tumpuan.

PN meletakkan kepercayaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Bin Md Nor di N24 Jeneri, beliau akan ditentang calon BN iaitu Muhamad Khizri Abu Kassim.

BN mengumumkan akan bertanding di 108 kerusi daripada 245 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan mempertaruh nama-nama besar bagi memberi saingan kepada PN antaranya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican N.02 Bertam (Pulau Pinang), Datuk Seri Mahdzir Khalid N08 Pedu (Kedah), Datuk Seri Ahmad Said N.30 Kijal (Terengganu), Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman N.11 Seberang Takir (Terengganu) serta Datuk Seri Mohamad Hasan N.17 Rantau (Negeri Sembilan).

Manakala PH pula menampilkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari N16 Sungai Tua, Datuk Seri Aminuddin bin Harun N.13 Sikamat (Negeri Sembilan).

PN Selangor pula meletakkan nama besar iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali N18 Hulu Kelang (Selangor), Datuk Seri Rina Harun N41 Batu Tiga (Selangor).

Tak kurang menariknya, antara kerusi yang bakal mencuri tumpuan ialah pertembungan dua keluarga Syed dan Syarifah di Selangor iaitu di N 20 Lembah Jaya antara Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet) dengan Sharifah Haslizah Binti Syed Ariffin dari BERSATU.

Manakala di Kedah kerusi N 22 Gurun meletakkan bekas pemain bolasepak profesional, Baddrol Bin Bakhtiar dan Mohd Radhi Mat Din di N 14 Alor Mengkudu, Kedah.

Pertandingan kali ini bakal memperlihatkan pertembungan dua penjuru di hampir ke semua kerusi yang dipertandingkan antara PN menentang PH/BN. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp