TERKINI

DAP diingatkan apa objektif utama kerajaan tempatan, kurangkan berpolitik

Rashid Rafique Ali – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 22 Dis 2023 – Ketua Penerangan parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rashid Rafique meningatkan bahawa objektif utama keperluan penubuhan kerajaan tempatan adalah untuk untuk perpaduan negara, pembangunan sosial dan ekonomi, pentadbira yang lebih cekap,demokrasi dan kebebasan.

Namun demikian, beliau berpendapat bahawa isu yang sama, yang dibawa oleh DAP lebih tertumpu kepada pilihan raya PBT yang akhirnya akan menjadi medan politik kepartian dikalangan parti-parti politik.

“Sebagaimana Laporan Athi Nahappan (objektif) adalah untuk perpaduan negara, pembangunan sosial dan ekonomi, pentadbiran yang lebih cekap, demokrasi dan kebebasan.

“Tetapi yang ingin dibawa kehadapan oleh DAP kini lebih tertumpu kepada pilihan raya PBT yang akhirnya akan dimasuki dan dipertandingkan oleh parti-parti politik juga.

Dalam satu kenyataan, Rafique menasihatkan agar DAP melihat kembali sejarah mengapa Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah memansuhkan piihan raya PBT, kerana pelbagai masalah apabila mereka yang terlibat lebih suka berpolitk dengan pelbagai janji ditabur.

“DAP dinasihatkan untuk imbau sejarah. Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah memansuhkan pilihan raya PBT. Pengadaan pilihan raya PBT membawa kepada pelbagai masalah apabila pembangkang (pada waktu itu) lebih suka berpolitk dan janji-janji ditabur sehinggakan dijanjikan tiada yuran atau kadar-kadar cukai akan dikutip kalau mana-mana ahlinya dipilih.

“Adakah mahu mengulangi kesilapan yang sama?

Menurut Rafique yang juga seorang peguam, Perlembagaan Persekutuan mengandungi satu mekanisme untuk mengawal isu kerajaan tempatan menerusi Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.

“Peruntukkan Perkara 95A jelas merujuk kepada bidang kuasa dan perjalanan majlis ini, antara lainnya membentuk dari masa ke masa perundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri bagi dasar negara untuk memajukan dan mengawal kerajaan tempatan.

“Gunakanlah sebaik mungkin Majlis Negara ini kerana sampai bila rakyat perlu dibebankan dengan pelbagai isu hanya demi kuasa yang ditagih oleh parti-parti politik. Ujarnya.

Beliau menambah, konsep federalisme yang diamalkan di Malaysia meletakkan negara berada dalam satu posisi yang unik jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

“Kita ada peringkat Persekutuan dan peringkat negeri-negeri. Malaysia bukannya sebuah ‘unitary state’ (negeri kesatuan) seperti United Kingdom.

“Rakyat mengundi untuk menghantar wakil ke Parlimen untuk dasar halatuju negara. Rakyat juga mengundi wakil ke Dewan Undangan Negeri.

“Melalui kuasa Negeri, ahli-ahli majlis dilantik. Maka, Rakyat tidak dihalang dari demokrasi berkaitan keahlian Kerajaan Tempatan. Cuma mesti pilih atas dasar kelayakkan bukan ‘political patronage’ (naungan politik).

Rafique mengualangi nasihatnya agar DAP kurang politk dan mencari kuasa, kerana kuasa berlebihan akan membawa padah.

“Belajar dari sejarah. Usah timbulkan ketidakselesaan antara kaum di Malaysia. Ujarnya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp