TERKINI

Mahathir minta SPRM kemukakan bukti dakwaan Anwar Ibrahim terhadap dirinya

Mahathir Mohamad (tengah) – foto Pejabat TDM

PUTRAJAYA, 17 Apr 24 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengemukakan bukti sekiranya dakwaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa beliau kononnya memiliki berbilion ringgit, itu benar.

Dalam satu kenyataan, semalam, bekas perdana menteri sebanyak dua kali itu berkata, dakwaan yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim dan kemudiannya satu notis SPRM kepada anak-anak beliau menyatakan dengan jelas bahawa satu kesalahan telah dilakukan oleh beliau.

“Tetapi notis kepada anak saya, Mirzan menyebut bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati “bahawa satu kesalahan dibawah Seksyen 23 Akta ini berkaitan nombor aduan IPJ/RPTNO/0477/2023 telah dilakukan oleh Mahathir bin Mohamad, nombor Kad Pengenalan 251220-02-5151.

“Setakat saya tahu saya tidak pernah disiasat. Tetapi notis SPRM menyatakan saya melaku kesalahan.

“Dakwaan telah dibuat oleh Anwar Ibrahim bahawa saya memiliki berbillion Ringgit. Ujar beliau.

Dalam kenyataan yang sama, Mahathir mengakui tidak tahu yang beliau memiliki berbillion ringgit.

“Oleh itu saya telah saman Anwar Ibrahim supaya menunjuk bukti yang saya memiliki berbillion Ringgit.

“Saman dibuat lebih satu tahun dahulu. Hingga sekarang Anwar tidak dapat tunjuk bukti saya memiliki berbillion Ringgit.

“Ini bermakna hingga sekarang saya belum didapati bersalah. Jika SPRM ada bukti tunjuklah. Tegas beliau.

Mahathir juga mempersoalkan mengapa anak dan isteri Anwar Ibrahim tidak diarahkan menjelaskan semua harta mereka termasuk adik Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

“Berkenaan dengan π‘ π‘‘π‘Žπ‘‘π‘’π‘‘π‘œπ‘Ÿπ‘¦ π‘‘π‘’π‘π‘™π‘Žπ‘Ÿπ‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› oleh Dato Murad, walaupun Anwar tidak didapati bersalah, kenapa π‘ π‘‘π‘Žπ‘‘π‘’π‘‘π‘œπ‘Ÿπ‘¦ π‘‘π‘’π‘π‘™π‘Žπ‘Ÿπ‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› Dato Murad tidak ditarik balik. Apakah isteri dan anak-anak Anwar diarah menjelaskan semua harta mereka.

“Demikian juga dengan kes Azam Baki. Kenapa adiknya tidak disiasat rapi seperti yang berlaku terhadap anak saya. Ujar Mahathir.

Pada 31 Mac lalu, Datuk Seri Mukhriz mengesahkan SPRM sedang menyiasat Dr Mahathir.
Sementara, pada Januari lalu SPRM mengarahkan Tan Sri Mokhzani dan Mirzan untuk mengisytiharkan harta masing-masing sejak 1981. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp