TERKINI

Anwar Perlu Jawab Tuntutan Tun M, Bukan Berdolak Dalih – Marzuki Yahya

Datuk Wira Marzuki Yahya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan – foto malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 7 April 2023 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran agar tidak berdolak dalih sebaliknya menyediakan segera bukti yang dituntut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tuntutan undang-undang yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri itu baru-baru ini.

Datuk Wira Marzuki Yahya, Ketua Setiausaha Gerakan Tanah Air (GTA) mengulas laporan bahawa Anwar Ibrahim tidak mahu bergaduh dengan Mahathir dan menyifatkan kenyataan Anwar itu mengelirukan.

“Seharusnya beliau menyediakan bukti mengenai tuduhanya ke atas Tun M dalam ucapannya secara terang terangan, dia tidak perlu berlagak baik kononnya beliau tak nak gaduh dengan Mahathir padahal beliaulah yang memulakannya.

Dalam satu majlis dialog bersama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam hari ini Anwar berkata bahawa beliau tak mahu bergaduh (dengan Tun M).

“Saya tak nak gaduh, dia minta bukti saya bagi bukti no problem,” kata Anwar seperti yang dilaporkan.

Dalam perkembangan yang sama, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan turut mengulas kenyataan yang sama dan membidas kenyataan Anwar sebagai tidak cerdik dan seharusnya Anwar menjawab dulu tuntutan daripada Tun Mahathir.

“Saya ingin sarankan kepada Perdana Menteri Malaysia yang ‘benak,’ ‘tidak normal’ dan tidak cerdik agar menjawab dulu tuntutan undang-undang dari Dr Mahathir.

“Anwar yang menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pelbagai tohmahan fitnah yang tidak berasas dan kini Anwar Ibrahim memberi gambaran seolah-olah Mahathir pula yang cari pasal dengannya. Ujar beliau.

Anwar mempunyai masa sehingga 17 April untuk menjawab surat undang-undang Mahathir selepas peguam peguamnya meminta lanjutan. Tarikh akhir yang ditetapkan sebelum ini pada 3 April. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp