TERKINI

Dakwaan Anwar Sejak 1998 Hanya Retorik – Khairuddin Abu Hassan

Khairuddin Abu Hassan – foto ABC

KUALA LUMPUR, 18 April 2023 – Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Tun Dr Mahathir hanya retorik kerana masih gagal mempamerkan bahan bukti bagi menyokong dakwaannya itu.

Dalam satu kenyataa kepada malayadaily, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang juga Ahli Jawatankuasa Sekretariat Proklamasi Orang Melayu menyifatkan bahawa Anwar sepatutnya dalam sekelip mata Anwar Ibrahim boleh mendedahkan semua bahan-bahan bukti tersebut.

“Yang peliknya Anwar Ibrahim beretorikal dari tahun 1998 kononnya ada berkotak-kotak bukti salahlaku Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi bila diambil tindakan undang-undang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kini Anwar Ibrahim masih membisu gagal untuk mempamerkan bahan-bahan bukti tersebut.

“Sepatutnya dalam sekelip mata Anwar Ibrahim boleh mendedahkan semua bahan-bahan bukti tersebut yang kononnya disimpan dari tahun 1998. Ujar beliau.

Khairuddin juga menyifatkan bahawa Anwar hanya ‘tin kosong’ yang senantiasa memutarbelit fakta demi untuk memertabatkan beliau sebagai Perdana Menteri.

“Secara jujur dan ikhlas, Anwar Ibrahim tidak mampu untuk memimpin bangsa dan negara tetapi terus bermain politik murahan bagi mengalih pandangan rakyat dari kelemahan kepimpinannya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp