TERKINI

DAP Gadai Prinsip, Berjuang Hanya Untuk Kuasa Semata-mata – Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 12 Sept 2023 – Parti DAP disifatkan sebagai sebuah parti yang telah menggadaikan prinsipnya demi kuasa politik semata-mata hingga bersekongkol melantik pemimpin kleptokrat sebagai timbalan perdana menteri Malaysia.

Pemimpin sekretariat Proklamasi Orang Melayu (POM), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, DAP kini menjadi ‘tali barut’ yang merosakkan amalan demokrasi dan menjahanamkan kepimpinan negara.

“Kini pada tahun 2023 kerajaan Madani dan DAP melantik pemimpin Kleptokrat jadi Timbalan Perdana Menteri manakala kes-kes rasuah Zahid Hamidi digugurkan.

“Inilah maruah dan budaya politik DAP yang hakikatnya berjuang untuk mendapatkan kuasa semata-mata.

“Demi untuk berpaut pada kuasa pemimpin-pemimpin DAP sanggup bersekongkol dengan siapa saja asalkan matlamat tercapai.

“Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa DAP kini sebagai ‘tali barut’ yang merosakkan amalan demokrasi tulen serta menjahanamkan kepimpinan negara kita. Ujarnya.

Dalam kenyataan yang sama, Khairuddin menggesa agar pengundi Cina berani menolak DAP atas kesilapan yang dilakukan secara sengaja.

“Orang-orang Cina juga kena berani bangun untuk tolak DAP di atas setiap kesilapan-kesilapan yang dilakukan secara sengaja oleh parti tersebut pada realitinya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.

Ahmad Zahid Hamidi membuat penampilan sulungnya pada Kongres DAP, ia sekali gus mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi presiden Umno pertama yang hadir Kongres DAP, Ahad lalu.

Ketibaan Zahid dalam kongres tahunan yang diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya itu disambut dengan sorakan dan tepukan meriah daripada perwakilan DAP. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp