TERKINI

Dasar UiTM: Profesor cenderung buka kepada bukan bumiputera

Ahmad Murad Merican – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 19 Mei 24 – Pakar sejarah sosial dan intelektual, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican berpendapat Universiti Teknologi MARA (UiTM) harus membuka penyertaan kepada bukan bumiputera atas sebab strategi dan masa depan institusi tersebut.

Ketika bercakap kepada malayadaily, beliau bersependapat dengan mantan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub yang sebelum ini mencadangkan agar UiTM dibuka kepada pelajar bukan bumiputera.

“Saya berpendirian sama dengan Arshad Ayub, dia mencadangkan UiTM dibuka kepada bukan bumi.

“Apakah masa depan di UiTM, salah satunya saya bagi strategi itu. Itu strategi bukan apologetik dan sebagainya.

Menurutnya, perkara ini sememangnya sensitif malah beliau menegaskan bahawa ia bukan soal anti Melayu atau anti UiTM, tetapi institusi tersebut perlu berfikiran strategik.

“Benda ni memang sensitiflah kan, belum buka mulut lagi orang akan lihat, bukan sebenarnya kita anti Melayu ataupun anti UiTM.

“Kta kena tahu in detail seboleh bolehnya maksud Tan Sri Dr Arshad Ayub. UiTM, dia kena berfikiran secara strategik.

“Berdasarkan kepada apa yang argument yang duk ada ni, dia bukan strategik, kata ini (UiTM) universiti bumiputera yang terakhir, benteng yang terakhir, institusi keramat bumputera, ianya (hujah) tak strategik. Tegas beliau.

Ahmad Murad berpendapat selama ini UiTM seharusnya mempertimbangkan untuk mengambil pendekatan, membuka penyertaaan kepada bukan bumi secara terkawal.

“Hakikatnya sekarang ni, memang telah ambil tapi yang dimaksudkan oleh Arsyad dan saya, saya dah suarakan pada 2001, bukan mengambil (pelajar) undergraduate, tapi mengambil (pelajar bukan bumi) secara pilihan dan secara terkawal, (iaitu) post graduate, mungkin sepuluh peratus post graduate, ambil untuk post graduate student.

“Mengapa post graduate student? Satu, kita boleh dapat income, mereka datang dengan duit, maksudnya kuota mereka tu boleh mendapatkan income, yang ke dua, kita juga hendak capitalize apa yang mereka buat, capitalize dari segi hasil-hasil kajian, hasil-hasil dapatan tesis mereka, kita nak ambil benda tu, kita nak mendapat faedah daripada kajian mereka. Ujar beliau.

Dalam kenyataan yang sama, Ahmad Murad menggesa UiTM ada sedikit keterbukaan dalam perkara ini.

“Dalam hal ini dia (perlu) ada sikit keterbukaan, kita tidak mahu UiTM jadi macam Ghetto, pelajar UiTM hanya didedahkan dengan kaum sendiri.

“Dasar UiTM saya ingat perlu sedikit terbuka, bukan menyebelahi bukan Melayu tapi menyebelahi orang Melayu, itu argument saya.

Baru-baru ini, beberapa pihak menggesa UiTM agar membuka penyertaan program kepada bukan bumiputera. Pandangan tersebut mendapat bantahan keras dari pelbagai pihak yang mahu institusi tersebut mengekalkan dasarnya sebagai wadah pendidikan tinggi bumiputera. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp