TERKINI

Dedah identiti, jangan selindung balik akaun palsu

foto chedetofficial

KUALA LUMPUR, 20 Sept 2023 – Pentadbir akaun media sosial rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar pihak yang membuat hantaran palsu berunsur fitnah terhadap bekas perdana menteri itu tidak bersembunyi menggunakan akaun palsu.

Mereka yang membuat tuduhan harus tampil sekiranya segala tuduhan itu berasas dan mengemukakan bukti.

“Admin chedetofficial dapati terdapat banyak hantaran (posting) berunsur fitnah/palsu dibuat tanpa bukti melalui akaun ini. Kami ingin ambil tindakan undang-undang malangnya akaun ini tidak bernama.

“Jika tuduhan-tuduhan terhadap Dr Mahathir itu ada bukti dan berasas, sila lapor pada pihak berkuasa supaya tindakan dapat diambil. Jika dibawa ke mahkamah beliau dapat pertahankan dirinya,” kata pentadbir akaun rasmi Chedet.

Ini kerana tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu menggunakan akaun palsu, adalah membuang masa untuk Mahathirenjawab tuduhan tersebut.

“Sebaliknya jika tidak mahu buat laporan kepada pihak berkuasa, sila dedah identiti sebenar supaya pihak kami boleh ambil tindakan undang-undang berkait fitnah. Jika ada bukti boleh dikemuka ketika di mahkamah.

“Untuk menjawab setiap tuduhan akaun atas nama samaran adalah kerja sia-sia. Pihak-pihak yang turut sambut tuduhan palsu jelas tertipu dan terpengaruh dengan fitnah-fitnah tersebut,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp