TERKINI

Tiada Kelas Akademik Minggu Pertama Persekolahan 2023/2024

foto kredit BHARIAN

PUTRAJAYA, 15 Mac 2023 – Bagi minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 yang akan bermula 19 dan 20 Mac ini, tiada kelas akademik dijalankan. Sebaliknya ia diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek, kata Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali.

“Fokus hari pertama persekolahan sebelum ini adalah kepada akademik tetapi langkah yang diambil pada sesi 2023/2024 ini adalah melaksanakan pendidikan didik hibur dan pembelajaran berasaskan projek mudah,” katanya dalam sidang media sempena amanat pembukaan sesi persekolahan 2023/2024, disini hari ini.

Sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula 19 Mac 2023 hingga 9 mac 2024 bagi negeri Kumpulan A, manakala 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 bagi negeri Kumpulan B.

Kumpulan A membabitkan negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. – sumber AWANI

Facebook
Twitter
WhatsApp