TERKINI

Demi Penyatuan Melayu, Tun Sedia Kerjasama Dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin

Foto malayadaily.com

PUTRAJAYA, 31 Mei 2023 – Tun Dr Mahathir sedia bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin atas prinsip untuk menyatukan orang Melayu.

Ketika menjawab soalan samada beliau sedia bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menyatakan perlu ada kerjasama dengan matlamat yang ditentukan.

“Ya, kita nak ada kerjasama. Tapi matlamat mesti ditentukan (sama).

“Saya bersedia untuk bekerjasama dengan orang yang faham tentang masalah besar yang dihadapi oleh orang Melayu, yang tidak dihadapi oleh kaum lain. ujarnya.

Mahathir juga berkata, jika matlamat yang dibawa oleh Anwar Ibrahim, beliau tidak mahu bekerjasama kerana Anwar tidak mempedulikan nasib orang Melayu.

“Kalau matlamat yang dijunjung yang diutarakan oleh Anwar, saya tak boleh nak kerjasama dengan dia. Pasal dia langsung tak mempedulikan nasib orang Melayu.

“Bahkan berkenaan dengan agama pun nampak pandangan dia bukanlah pandangan yang diterima
oleh orang Melayu. Sebab itu saya tak boleh kerjasama dengan dia. Ujar Mahathir.

Bekas perdana menteri itu juga berkata bahawa jika orang Melayu berpecah kepada banyak parti, maka
orang Melayu akan hilang kuasa dan apabila kehilangan kuasa maka mereka tak boleh memperbetulkan
keadaan yang merugikan orang Melayu.

“Kalau kita berpecah jadi banyak-banyak parti kita hilang kuasa, bila kita hilang kuasa kita tak boleh betulkan keadaan yang merugikan orang Melayu sebab itu kita perlu bersatu tetapi siapa yang perlu bersatu? bukanlah orang yang terlibat dengan rasuah, orang dikenakan hukum penjara dsb. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp