TERKINI

“Dia Jual Tanah, Semua Orang Tahu” – Tun Mahathir

Foto – Sekretariat Proklamasi Orang Melayu

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan kenyataannya yang mendakwa bahawa Raja-Raja Melayu telah menjual tanahnya kerana memerlukan wang.

Ketika sidang media hari ini, Mahathir berkata semua orang tahu bahawa Raja-Raja Melayu menjual tanah untuk mendapatkan hasil.

“Saya sebut something berkenaan Raja-raja Melayu, dulu macam mana mereka tidak ada duit, simpan cukai dan sebagainya.

“Dan saya kaitkan dengan apa berlaku di Johor. Ini kenyataan, semua orang tahu. Takkan tak boleh cakap.

“Semua tahu dia jual tanah. Dia jual tanah RM4 bilion.

“Saya jumpa orang Cina tu, dia bangga beli tanah RM4 bilion.

“Dan tanah tu kekal selama-lama sampai akhirat, tanah tu dah bagi pada orang itu,” katanya selepas Mesyuarat Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu, di Kuala Lumpur, hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas status siasatan yang dilancarkan polis terhadapnya baru-baru ini.

Menurut peguam Rafique Ali yang mewakili Mahathir, bekas perdana menteri itu disoal siasat oleh polis di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas dakwaan “aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Pada sidang media yang sama, Mahathir menyatakan keyakinannya bahawa sasaran mendapatkan tandatangan Proklamasi sebanyak 1 juta boleh dicapai.

“Saya yakin boleh. Ujarnya ringkas.

Mahathir juga mengulas ketika ditanya mengenai penganugerahan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Lim Kit Siang, bahawa veteran DAP itu setaraf dengan bekas Musyidul Am Pas, Allahyarham Tan Sri Nik Aziz Nik Mat.

“Sumbangan Kit Siang kepada negara tak boleh dilawan oleh mana-mana pihak lain, dia seorang yang setaraf dengan (Allahyarham) Nik Aziz,” katanya. – malayadaily.com


Facebook
Twitter
WhatsApp