TERKINI

Fuad A Kiram Diklasifikasikan Sebagai Pengganas

Khairul Dzaimee Daud – foto the sun daily

PUTRAJAYA, 12 April 2023 – Salah seorang penuntut daripada Kumpulan Sulu yang dikenali sebagai Fuad A Kiram telah diklasifikasikan sebagai pengganas, kata Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Beliau berkata Fuad telah disenaraikan dalam entiti yang diklasifikasi sebagai pengganas di bawah Seksyen 66B Akta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 berkuat kuasa 6 April lepas.

“Kementerian Dalam Negeri telah memaklumkan bahawa seorang penuntut Fuad A Kiram yang juga salah seorang pengasas Royal Sulu Force iaitu satu kumpulan pengganas, telah diklasifikasikan sebagai entiti pengganas oleh kerajaan,” katanya dalam satu taklimat media di sini hari ini.

Fuad atau nama sebenarnya Muhammad Fuad Abdullah Kiram, 69, merupakan salah seorang yang daripada lapan individu yang mendakwa waris Kumpulan Sulu dan sedang membuat tuntutan terhadap Sabah termasuk beberapa aset milik Malaysia di luar negara.

Pada Februari tahun lepas, agensi berita di Sepanyol melaporkan penimbang tara negara itu Dr Gondoza Stampa telah mengarahkan Malaysia membayar pampasan sebanyak AS$14.92 (RM62.59 bilion) kepada waris Sultan Sulu.

Malaysia didakwa tidak membayar wang pemisah atau pampasan berjumlah RM5,300 setahun sejak 2013 yang dikatakan telah melanggar Perjanjian 1878 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam dengan Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo. – sumber Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp