TERKINI

Dr Ahmad Idham : Kerajaan Perlu Lebih Prihatin, Jangan ‘Double Standard’

malayadaily.com

KUALA LUMPUR 16 Mac 2023 – Kerajaan disaran agar lebih prihatinan terhadap keselamatan rakyat Malaysia di luar negara. Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Finas Dr Ahmad Idham melahirkan kekesalannya atas sikap kerajaan berhubung insiden keganasan ke atas aktor Malaysia Kamal Adli hingga mengalami cedera parah baru-baru ini di Singapura.

Ketika dihubungi, beliau merasakan kerajaan mahupun agensi dibawah kementerian tidak proaktif dalam mengurus insiden ini, ujar beliau yang juga mantan Setiausaha Kebudayaan di Kementerian Luar Malaysia.

“Hingga kini kita tidak ada mendengar apa-apa kenyataan wakil kerajaan atau kedutaan berhubung kejadian ini, bagi saya ini kes keganasan yang melibatkan nyawa rakyat Malaysia, kerajaan atau kementerian harus menunjukkan keprihatinan mereka.

Ahmad Idham juga turut mempersoalkan sikap kerajaan seperti ‘double standard’ dalam mengurus isu ini berbanding pujian dan kenyataan bangga dengan kejayaan aktres kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh hingga Majlis Bandaraya Ipoh sanggup mencadangkan mewujudkan ‘Hall of Fame’ di bandaraya itu.

“Saya tak nafikan kejayaan beliau, tetapi apa sangat kita nak banggakan dengan Michelle Yeoh, apa sumbangan dia pada industri filem tempatan berbanding sumbangan rakan-rakan dalam industri tempatan yang berjuang sejak dahulu lagi? ujar beliau.

Terdahulu, Uqasha memaklumkan mengenai suaminya, pelakon Kamal Adli mengalami kecederaan parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali ketika mereka menghadiri acara di Singapura pada malam Ahad lalu.

Kamal kini sedang dirawat dan dikawal oleh pihak polis selepas selamat menjalani pembedahan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp