TERKINI

Dua Pemimpin Gerakan Proklamasi Orang Melayu Akan Disoal Siasat Polis

Khairuddin Abu Hassan, Marzuki Yahya – Grafik malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2023 – Dua orang pemimpin kanan Sekretariat Proklamasi Orang Melayu akan ditemubual oleh pihak Polis Isnin depan berhubung aktiviti berkaitan gerakan Proklamasi Orang Melayu (P.O.M).

Menurut Pengerusi Mobilisasi Sekretariat P.O.M, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, beliau dan juga Ketua Setiausaha P.O.M, Datuk Wira Marzuki Yahya akan ditemubual oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin ini.

“Saya dan Datuk Wira Marzuki Yahya bakal disoal-siasat oleh pihak PDRM pada hari Isnin depan, 31 Julai 2023 jam 2:30 petang di pejabat Sekretariat P.O.M.

“Insya-Allah, kami akan beri kerjasama yang sewajarnya pada PDRM yang hanya terpaksa menjalankan tugasan mereka semata-mata. Ujar beliau ringkas.

Dalam kenyataan sama, Khairuddin memberitahu bahawa hak orang-orang Melayu termaktub secara jelas dalam perlembagaan persekutuan tetapi kini dah mula cuba dinafikan oleh kerajaan Madani.

“Proklamasi Orang Melayu (POM) yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kini dipantau serta disekat hak orang-orang Melayu untuk bersatu-padu berbicara mengenai permasalahan seterusnya mencari formula penyelesaian terhadap polemik Melayu yang belum selesai.

“Hak orang-orang Melayu termaktub secara jelas dalam perlembagaan persekutuan tetapi kini dah mula cuba dinafikan oleh kerajaan Madani secara menyalah-guna kuasa. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp