TERKINI

Fahaman Liberal Berlaku Ketika PH Berkuasa – Fairus Khairuddin

Mohammad Fairus Khairuddin – Foto M.Fairus

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2023 – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohammad Fairus Khairuddin menyifatkan dasar dan fahaman liberalisme serta pluralisme jelas berlaku disepanjang tempoh PH berkuasa.

Ketika diminta mengulas nasihat Anwar Ibrahim kepada golongan muda agar jangan mengundi tanpa berfikir, dalam satu sesi dialog di Langkawi baru -baru ini, beliau berkata anak muda perlu menilai konsistensi Anwar Ibrahim dan golongan mereka yang bersamanya dalam setiap perkara berkaitan kepentingan Islam.

“Dasar dan fahaman liberalisme serta pluralisme agama begitu jelas berlaku disepanjang tempoh kalangan PH berkuasa. ujarnya.

“Nilailah bagaimana konsistensi Anwar Ibrahim dan golongan mereka yang bersamanya kini dalam setiap perkara berkaitan kepentingan Islam dan umat Melayu dari dulu sehingga kini.

Fairus juga berkata bahawa hakikat yang terjelma amat merisaukan dan kemudharatan yang jelas terhadap agama dan bangsa yang kerapkali berlaku akibat kerakusan mereka dalam merebut kuasa.

“Maka akan pasti terjelma hakikat yang amat merisaukan dan kemudharatan yang jelas terhadap agama dan bangsa yang kerapkali berlaku akibat kerakusan mereka itu dalam merebut kuasa sehingga acapkali mereka korbankan kemuliaan Islam dan kedaulatan bangsa Melayu sebagai teras masyarakat Malaysia ini.

Fairus berpesan agar anak muda Melayu Islam khususnya berhati-hati dalam setiap keputusan berkaitan politik negara ini.

“Justeru idealisme perjuangan adalah sesuatu yang amat sinonim kepada aspirasi anak muda, maka golongan muda wajib membuat setiap pertimbangan berdasar ilmu dan nasihat daripada golongan ilmuan serta alim ulama muqarrabun yang lebih jauh berpengalaman dan lebih memahami hakikat kehidupan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp