TERKINI

Genosid Palestin: Mahathir gesa masyarakat antarabangsa bertindak

Mahathir Mohamad – foto Pejabat TDM

PUTRAJAYA, 23 Julai 24 – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi gesaan kepada kerajaan dan masyarakat antarabangsa untuk bekerjasama menghentikan genosid rakyat Palestin di Gaza.

Dalam ucapan di kolokium Persidangan Keamanan Global Perdana (PGPF) selaku presiden, Mahathir berkata Israel perlu dipertanggungjawabkan atas kejahatan dan kebiadaban mereka kerana tidak menghormati pendapat atau undang-undang antarabangsa.

“Yang pertama ialah menuntut dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berterusan dan menghentikannya.

“Kedua, menuntut dan menekan kerajaan kita sendiri untuk mengutuk dan mengecam pembunuhan beramai-ramai; dalam negeri untuk menyokong boikot, pelupusan dan sekatan terhadap Israel dan syarikat serta entiti yang menyokongnya.

“Kita mesti mempertanggungjawabkan Israel atas kejahatan dan kebiadaban mereka dan dihukum kerananya. Israel tidak menghormati pendapat atau undang-undang antarabangsa. Katanya.

Dalam kolokium ini Mahathir mahu masyarakat antarabangsa bertindak dengan mengantar pasukan pengaman antarabangsa ke Gaza untuk melindungi rakyat Palestin dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai.

Kolokium ini turut dianjurkan bersama oleh Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), Muslim Care Malaysia (MCM) dan Humanitarian Care Malaysia (MyCare).

Teks ucapan Mahathir dibacakan oleh mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai selaku Pengerusi PGPF. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp