TERKINI

Tun M Disiasat Polis Bukit Aman

Rafique Rashid – Foto Inspirasi Channel

Menurut peguam, Rafique Rashid, beliau ketika ini menemani Mahathir ketika polis merakam percakapan beliau.

KUALA LUMPUR, 2 Jun 2023 – Bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah memberi keterangan kepada pihak polis dari Bukit Aman di Yayasan Al Bukhary.

“Saya hadir ke Yayasan Bukhary hari ini untuk menemani Tun Dr Mahathir yang telah ditemuduga, dirakam percakapannya oleh pihak Bukit Aman.

Menurut Rafique, siasatan tersebut berkaitan dengan Proklamasi Orang Melayu.

“Tun telah menyatakan beliau akan sedia dituduh di mahkamah dan juga menyatakan akan menjawab soalan-soalan di mahkmah.

“Kerana Tun bercerita tentang Proklamasi Orang Melayu.

Menurut Rafique lagi, Tun dikatakan sedang disiasat dibawah seksyen 124 B Kanun Keseksaan iaitu menjalankan aktiviti-aktiviti yang membawa kepada kemudaratan demokrasi berparlimen.

“Adakah menceritakan orang Melayu atau Proklamasi orang Melayu itu salah dari segi undang-undang, soal Rafique.

Beliau turut menyampaikan pesanan kepada sesiapa yang disiasat atau dipanggil oleh pihak polis, agar mengambil langkah seperti Tun.

“Kepada sesiapa yang dipanggil polis, jangan gentar jangan takut, buat saja seperti Tun, jawab di mahkamah. Biar rakyat faham apakah itu Proklamasi Orang Melayu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp