TERKINI

Guna bahasa kebangsaan sewaktu berurusan – PM

Gambar hiasan – mykmu.net

CYBERJAYA, 25 Okt 2023 – Semua pihak diingatkan agar menggunakan bahasa kebangsaan sewaktu berurusan dengan kerajaan termasuklah menerusi surat.

Berucap di pentas Karnival Dekad Bahasa dan Dekad Membaca Kebangsaan di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa ini masing-masing dilihat terpesong daripada asas Perlembangaan apabila tidak menggunakan bahasa kebangsaan.

“Saya ingin peringatkan hal ini dalam kalangan syarikat tempatan dan universiti tempatan supaya arahannya siapa sahaja menulis selain bahasa kebangsaan, surat itu akan dipulangkan,” katanya pada Rabu. – Sinar Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp