TERKINI

Gubal Segera Akta Anti Buli – Peguam

Grafik malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 7 Julai 2023 – Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA), Wan Azliana Wan Adnan menggesa kerajaan untuk menggubal Akta Anti Buli kerana kes buli di sekolah kini semakin menjadi-jadi hingga ada mangsa yang mengalami trauma yang melampau sehingga bertindak membunuh diri.

Menurut beliau, penggubalan Akta Anti Buli adalah perlu untuk melaksanakan undang-undang tegas terhadap kes-kes buli yang berlaku di Malaysia.

“Disamping itu perlunya ada penambahbaikan di pihak sekolah dalam menangani jenayah buli di sekolah dan juga cara mengendalikan kes kejadian buli.

“Kes-kes buli seperti ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia membawa impak yang besar kepada mangsa di mana mangsa akan mengalami trauma yang boleh membawa kepada kemurungan. Katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azliana yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, Undang-undang Anti Buli telah lama dikaji oleh Amerika Syarikat sejak awal 1990, yang mana ketika itu hanya beberapa polisi anti buli diperkenalkan di negara tersebut.

“Kini semua 50 daerah di Amerika Syarikat telah mempunyai Akta Anti Buli. Negara jiran kita, Filipina juga telah lama menggubal Akta Anti Buli yang dikenali sebagai Anti Bullying Act of 2013. Ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Azliana mengulas mengenai kes seorang remaja lelaki berumur 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya umur 9 tahun hingga mati dalam kejadian di Kampung Bukit Piatu tengah hari semalam.

Beliau yang mewakali ASWA berharap Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pelajaran mengambil serius mengenai isu buli di sekolah dan universiti dan sama-sama membantu merealisasikan penguballan akta anti buli.

“Semua pihak harus sedar bahawa buli adalah suatu jenayah yang boleh merosakkan mangsa buli sehingga ada kejadian meragut nyawa.

“Oleh itu, buli tidak lagi seharusnya dilihat hanya sekadar masalah disiplin tetapi jenayah berat yang semakin berleluasa. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp