TERKINI

Harga Naik, Saiz Ayam Kecil, Peniaga Mengeluh Di Beberapa Negeri

Gambar hiasan – foto Kosmo Digital

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2023 – Harga ayam di beberapa negeri menunjukkan peningkatan sekitar RM1.50 sekilogram memaksa peniaga terpaksa menjualnya antara RM8.50 hingga RM11 sekilogram.

Memetik laporan Sinar Harian, peniaga dari Johor, Kelantan, Pahang, dan Pulau Pinang berkata mereka terpaksa menaikkan harga berikutan kenaikan harga daripada pembekal, walaupun saiz ayam yang dijual kurang sekilogram untuk seekor ayam.

Ada juga peniaga yang terpaksa menaikkan caj perkhidmatan kepada RM1.10 berikutan harga kawalan adalah pada kadar RM9.40 sekilogram bagi mengelakkan mereka mengalami kerugian. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp