TERKINI

Himpunan pertahan undang-undang Syariah, Jumaat ini

Gambar hiasan – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 7 Feb 2024 – Satu perhimpunan untuk menyatakan sokongan mempertahankan undang-undang Syariah akan diadakan di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya pada hari Jumaat, 9 Feb 2024.

Dalam satu kenyataan media oleh Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), perhimpunan tersebut untuk menyatakan sokongan umat Islam berkaitan kes mencabar keabsahan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, oleh Nik Elin Zurina di mana keputusan kes tersebut dijangka diumumkan pada hari yang sama.

“Putra akan terus menyokong dan menyertai program solat hajat dan Himpunan Selamatkan Syariah yang akan berlangsung pada 9 Feb 24 di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya jam 9 pagi.

“Setiap umat Islam wajib hadir, terutama warga Putra, demi kepentingan dan kejayaan
Islam. Kata Keua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif.

Sebelum ini, peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman memfailkan petisyan terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 9 Februari ini untuk memutuskan permohonan dua wanita Islam bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp