TERKINI

Rakyat terus tanggung hutang 1MDB, dimana suara pemimpin DAP?

Gambar hiasan, skandal 1MDB – malayadaily.com

Berbagai reaksi kita lihat dari hasil dari keputusan Lembaga Pengampunan yang telah mengurangkan hukuman penjara Dato’ Sri Najib dari 12 tahun kepada 6 tahun, diskaun 50% ini hanya ketika dia baru menjalankan hukuman selama 18 bulan.

Denda RM210 Juta juga dikurangkan sebanyak hampir 75% kepada RM10juta sahaja, yang mana khalayak ramai tahu Dato’ Sri Najib tidak pernah pun menunjukkan usaha hendak membayar denda tersebut sebelum ini.

Yang membingungkan ialah, tiada alasan mahupun atas dasar apa Datuk Seri Najib mendapat diskaun tersebut. Sedangkan beliau masih mengahadapi tiga lagi pertuduhan di Mahkamah.

Saya tidak berapa arif tentang perundangan, tidakkah keputusan Lembaga Pengampunan ini akan memberi sedikit sebanyak kesan kepada proses mahkamah untuk tiga lagi pertuduhan tersebut?

Kerosakan teruk kepada maruah negara dan hutang 1MDB yang masih dibayar negara oleh rakyat yang membayar cukai setiap tahun, tidakkah ini diambil kira oleh Lembaga Pengampunan?

Walaubagaimanapun, ada perkara yang lebih besar dari apa yang kita alami sekarang ini. Orang Melayu perlu membuka mata, telinga dan yang lebih penting minda dan akal fikiran.

Dimanakah pemimpin DAP dan Pemimipin Cina di dalam PKR yang sebelum ini menjerit-jerit menentang Kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa?

Bersusah payah hendak menjatuhkan Najib dan Zahid Hamidi.

Hari ini semakin jelas, niat yang kononnya hendak menentang rasuah dan salah guna kuasa tidak pernah ikhlas.

Agenda utama ialah untuk mendapatkan kuasa, kebodohan dan ketamakkan pemimpin Melayu telah membuka peluang dan ruang untuk mereka mendapatkannya.

Walaupun hari ini mereka tidak dihadapan, tetapi pengaruh mereka dapat kita rasai didalam kerajaan.

Dari gerakkan yang kita dapat perhatikan, umpamanya mencadangkan persempadanan semula kawasan Parlimen Bandar dan pilihanraya tempatan yang semuanya memberi ruang untuk mereka menambah penguasaan.

Yang utama ialah memegang kuasa, kerana itu dalam keadaan Dato’ Sri Najib mendapat diskaun hebat ini, mereka tidak bersuara. Kerana kuasa yang mereka pegang sekarang bergantung kepada UMNO.

Oleh itu, sekali lagi saya menyeru orang Melayu bukalah mata, bukalah telinga dan bukalah minda.

Apabila Tun Dr Mahathir memberi amaran ianya bukan sesuatu yang boleh dipersendakan. Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman politik lebih 70 tahun serta maklumat yang diperolehi pada peringkat beliau sebagai bekas Perdana Menteri “accessibility at his level”.

Orang Melayu perlu ambil serius, kerana masa depan bangsa Melayu untuk kekal dihormati adalah ditangan kita sendiri.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp